Sunday, June 27, 2010

Jaguh terhumban awal....

Bes tak tajuk entri aku ni?teruja tak?macam akhbar harian metro tak?haha..


Perancis...........Itali.........

Hmmm..

Banyak persamaan antara 2 nama besar bola sepak dunia di atas untuk edisi World Cup kali ini.Huhu.Bagaikan terkena sumpahan.Itu lah yang mampu aku katakan kepada 2 team ni.Tapi, apakan daya.Bola sepak, sume benda leh jadi.Bak kata pepatah bola sepak, "bola itu bulat".Kui3.

Kesian jugak kat diorang,sebab time perlawanan memang nampak kesungguhan diorang nak menang game tu, tapi x berjaya.

Persamaan yang aku nak ckp kat sini adalah:

Kedua-dua team merupakan finalist untuk edisi World Cup yang lepas iaitu di Jerman dengan kemenangan berpihak kepada Itali.

Kedua-dua team mempunyai begitu ramai pemain bertaraf bintang yang dijangka akan memeriahkan lagi World Cup tahun ni.

Kedua-dua team tak menang langsung untuk World Cup tahun ni.

Kedua-dua team tak lepas untuk ke pusingan kalah mati.

Kedua-dua team menduduki tempat terakhir dalam kumpulan masing2.

Kedua-dua team tewas untuk perlawanan terakhir mereka.

Haaa..Banyakkan yang dorang same??kui3.
Tapi aku rase persembahan Itali boleh dikatakan takde la terok sangat, maybe sebab takde luck kot.Ala, macam Liga Malaysia la.Kadang-kadang Selangor yang hebat tu boleh kalah dengan Pahang yang tak hebat tu.haha.Tapi tu contoh je, mane ade Pahang pernah menang dengan Selangor untuk beberapa season baru2 ni.hihihi.Berbalik kepada Itali tadi, mereka walaupun x menang, tapi mereka banyak jugak menghasilkan gol, gol yang lawa2 plak tu.hehe.

Berbanding dengan Itali, Perancis begitu nampak ketara sekali keapuhan dalam jentera pertahanan mereka, begitu juga dengan serangan mereka yang kekurangan penyudah yang baik, walaupun telah banyak membuat gerakan menarik daripada tengah, sehingga menyaksikan mereka telah diboloskan dengan 5 gol dan hanya menjaringkan 1 gol sahaja.Tu pon gol mudah di akhir2 perlawanan.

Begitu banyak sekali berita mengenai pertelingkahan antara coach Perancis dan player2 mereka.Mereka mengatakan bahawa Domenech, coach Perancis, tidak reti memilih pemain dan strategi yang pelik.Aku pun tak tau nak ckp cemane, tapi player dorang memang x puas hati la, sampai Nikolas Anelka telah men'sound Domenech mengenai strategi beliau sehingga menyebabkan Anelka diberi tiket pulang awal kerana kekurang ajaran beliau.Begitu juga Patrice Evra yang bertindak memboikot perlawanan terakhir mereka menentang South Afrika, yang membuatkan mata aku untuk Fantasy World Cup berkurang (sempat lagi promote..hehe).

Tu je la yang mampu aku analisis mengenai diorang.hehe.

2 comments:

  1. syial la ko..
    contoh selangor ngan pahang tu x boleh diterima betol ar..
    bagi ar contoh lain..mcm korea utara ngan portugal ker..haha

    ReplyDelete
  2. hahaha..akhirnye org yg aku harap terase, telah terasa..mmg aku tujukn untuk ko pon phg tu..hehehe

    ReplyDelete