Wednesday, June 23, 2010

Mansuh UPSR dan PMR?

Hmmm.Rasanya benda ni sejak aku nak amik PMR lagi da dengar ura2 nak bubarkan PMR ni.Tapi time tu aku rasa, uish, rugi gila nak mansuhkan PMR.Sebab time tu la aku nak tunjukkan betapa hebatnya aku menjawab exam(haha,riak gila..main2 je weh).

Tapi bila fikir-fikirkan balik,ada motif gak kita bubarkan.Sebabnya, kenapalah kita perlukan banyak sangat exam untuk menentukan kecemerlangan kita.Nampak sangat belajar hanya untuk exam.Mana tak nya, lepas UPSR, selang 3 tahun, PMR pulak, pastu selang dua tahun,SPM pulak.Memang pelajar sentiasa kena belajar untuk exam je la jawabnya.

Pastu, start la parents hantar anak2 pergi tuisen utk pastikan anak mereka skor sebaik mungkin dalam peperiksaan dorang.Sedangkan pelajar tu rasa tertekan sebab dengan usia muda, da kena struggle utk dapat keputusan cemerlang.Untuk buat ibu bapa gembira jugak.

Asik exam je, memang pelajar tak boleh nak tumpu kepada benda lain la jawabnya.Kata nak pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tapi jugak nak cemerlang dalam bidang kokurikulum.Kalau asik belajar untuk exam je,bila nak berlatih untuk kokuruikulum nye?

Hmm.Biasanya, ibubapa tak akan benarkan anak mereka bergiat terlalu aktif dalam kokurikulum kerana takut boleh mengganggu prestasi anak mereka dalam akademik.Lagi-lagi bila tempoh anak nak ambil exam tinggal tak sampai setahun, lagi la diorang strict.Sama ar macam aku, dulu time form 1 dan form 2, banyak gak tournament taekwondo aku masuk,tapi bile da nak exam,parents aku x bagi, takut injured,payah pulak nak amik exam.So takkan la minat aku kena ending sampai situ je,sebab nanti time form4 lagi ar kena belajar utk SPM pulak.Lagi la penting exam tu.Pergh,2 tahun je beb boleh giat aktif, gile sekejap!

Apa kita dapat beb kalau dua tahun je kita aktif?Pengalaman pon belum cukup lagi der.Bakat kita pon x sempat nak ditajamkan.So, negara pon, banyak la kehilangan bakat-bakat besar dalam pelbagai aktiviti lain sebab asik nak tumpu pada periksa je.Tokoh2 periksa je la yang kita dapat hasilkan.Hehe.

Lagi pun, PMR, exam tu untuk apa sebenarnya?Untuk nak nilai kita time menengah rendah je.Nak tentukan kita aliran apa je.Untuk nak masuk sekolah bes2 je.Ada ke syarikat2 nak amik kita kerja, tanya pasal result PMR?takde bro!SPM pon belum tentu orang tanya.Orang tanya time Universiti ni la.So,buat lah yang terbaik korang kat universiti ni.Huhu.Untuk menentukan pelajar punya aliran untuk SPM,aku rasa, kerajaan perlu buat alternatif lain supaya nanti x kucar kacir.

So,bila pikir2 balik, memang patut pun dibubarkan PMR tersebut.Tapi,UPSR, aku rasa still relevan.Sebabnya, dalam tempoh 6 tahun, kita kena tahu jugak sejauh mana tahap mutu generasi kita agar mereka tidak ketinggalan.Tapi, biasalah,ini semua cuma andaian je, tak tahu lah, kalau da xda exam, masalh gejala sosial makin menjadi-jadi.Biasalah,budak2 ni mana reti fikir secara matang.Ingat nak seronok je.Huhu.

No comments:

Post a Comment