Saturday, July 3, 2010

TeBoooo~

Tada~ post baruuu..yeyy..berjaya menambah post..haha

Korang baca tak post aku pasal durian aritu?Hmm..post yg ni pon ade gak bersangkut paut dengan durian.haha.

Alkisahnya hari time makan2 durian tu, tetiba, aku teringat pulak kat dusun durian arwah atok aku kat muar.Aku rasa da 10 tahun lebih jgk la kitorang x jenguk pon dusun tu.Selama ni soh orang lain je tolong tengok2 kan.Dulu time musim buah durian je, syok jgk la ramai2 dok kutip buah durian kat sana.Sampai 2 bakul besar jgk la kitorang bawak balik.hehe.Tapi sekarang, kata orang yg jaga tu, buah durian da xde.Sbb nya, kwsn tu selalu je kena banjir.So pokok pun penuhla air je dalam dahan dia.Dah rosak.

Cerita dia camni, pagi tadi, dgn dipengaruhi oleh ajakan aku pada malam hari tu, ayah aku pun tiba2 ajak kitorang balik kampung nak jenguk2 dusun durian tersebut.Dusun tu ade kat Muar dekat je dgn rumah atuk aku.Agak tengah hari jgk la kitorang gerak ke kampung.(mana tak nye, aku bangun tido pon da kol 11..huhu)

Sampai sana da kol 2 lebey, so kitorang decide lepas mkn2, nk sembahyang kat kampung and then, teros pergi ke dusun, mana la tau kot2 ada rezeki ke kan.Lagi pun da lame sangat da x bersihkan dusun tu.hehe.Nak pergi ke dusun tu,perjalanan lebih kurang 45 minit jgk la.

Sampai je kat Parit Tengah, iaitu lokasi terletaknya dusun tu, kami pon masuk la ke kawasan lorong dusun tu.Masuk dengan harapan seribu kenangan dapat dikenang kembali.Tapi, satu kenangan pon aku xdapat nak ingat.haha.Mana tak nya, semua tmpt da berubah.huhu.Sampai mak aku yang dok selalu datang situ time kecik2 pon leh lupe.Ini mustahil ni..huhu

So kitorang tanpa berputus asa, turun dari kereta dan berjalan kaki ke satu-satu kebun supaya dapat cam la tanah tu.Tetiba mak aku ternampak pokok buluh kat tepi satu kebun tebu.Dia cam itu lah dusun atok aku yang dulu.Tapi masalahnya sekarang, dusun atok aku da jadi kebun tebu semuanya! wadahel!4 ekar tuu! Dengan rasa x puas hati mak aku dgn ditemani aku, pergi la kat dalam kebun tu nak tanya kat pekerja2 situ.Dan jwpn dari diorang, diorang kerja dgn cina.ahaks.lagi la kami terkejut.Tanah kitorang, apesal kerja dengan cina pulak dah?

Pastu baru kitorang pergi tanya kat jiran2 yang berdekatan kat situ.Nak dipendekkan cerita, rupanya, tanah yang pakcik aku suruh orang tolong jaga kan, rupanya, die da buat macam tanah dia pulak dah.Siut gilerr.Dia tebang semua pokok durian, dia bagi cina tanam tebu.Andaian kitorang, dia sewa kan kat orang cina tu, dan maybe duit sewa tu dapat kat orang yg jaga tu.Tanya kat pakcik aku, dia pun x tau pun tanah tu dah jadi kebun tebu.huhu.Apa lah nasib.Hmm.So sekarang baru lah pakcik aku nak buat tindakan kat orang yang jaga tersebut.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap! Kitorang terus je balik rumah after that.Sebab mak aku pon da hot da time tu.huhu.Hmm.

Time balik, kitorang singgah gerai tepi jalan beli durian bawak balik rumah.hehe =P Pikir2 balik, ada hikmah jugak la aku teringat kat dusun tu kan.Terbongkar semua rahsia selama lebih 10 tahun.hehe.Doa2 la semoga semua setle dengan baik nanti.huhu


Gambar2 yang terambil kat sana tadi~





No comments:

Post a Comment