Sunday, July 25, 2010

L.E.M.B.A.B is lembab

Grrrr..
Dok kat perlis sume line ternet jadi lembab..
guna cable pon lembab..
broadband pon lembab..
nak bukak Pa-Pe-Je-La pon lembab..
belom bukak blog org lain lagi, lagi2 la lembab..
pastu nak coment kat post org lain pon lembab
apatah lagi nak post entri baru, lagiii laaa lembab..
belom lagi nk follow blog lain,,mesti lagi lembab..
bukak FB aku yg best pon da lembab..
FB org lain yg kurang best, mesti ar lagi lembab..
nak bukak notification pon da lembab..
apetah lagi nak bukak coment2 org kt status aku, LEMBAB!!
nak bagi komen pon kne click banyak2 kali..uishh..sungguh lemBAB!!!!
klu nak upload gmba aku yg kacak bergaya ni pon da lembab,
ape lagi klau nak usha2 gamba org lain, hmmm, sabar je laa..bkn main lame nk kua satu2 gmbaq.lembab habaq hanggg..lembabbbb!!
haaa..sebab tu la tajuk entri ni LEMBAB..

So, conclusion dia,
Dont be L.E.M.B.A.B because lembab is B.A.D..
Kalau jadi lembab, konfem kne sumpah2 maki2 dgn aku..kui3

Sunday, July 18, 2010

Oh! kami da 3rd year..ahaks

Minggu lepas memang enjoy abis la kami sebagai student kat cni.Rasa x stress langsung.1st time kot rasa rilek gile dok cni.xde pressure.gi kelas pon mcm xde mende je.asik batal pulak tu.bes2.haha

Tapi pada firasat aku, esok da mula da kesibukan kami sebagai pelajar 3rd year.fuuh, dah la banyak mini projek kene buat sem ni.dengan esaimen lagi.jem la pasni.xde da kot minggu yang sebest minggu lepas untuk minggu2 yg mendatang.haha.

Erm, minggu lepas pasti dirindui.haha.

moral of the post, jangan la kita sia2 kn hidup kita ea.hik3

Friday, July 9, 2010

2 bulan sudah.ahakss~

Setelah lebih kurang 2 bulan aku duduk rumah, akhirnya sudah tiba masanya aku kembali ke tempat belajar aku di UniMap Perlis.ESOK! hahaha..

Malas tol rase nye nak balik, jauh tu.6 jam lebey perjalanan.haha.

Xtau la excited ke x aku nak balik ni.Nak daftar subjek pon da malas je rase.haha.

Tapi yang penting sekarang ialah, mintak2 lah dapat rumah bes2 skit area die dan dapat rumah sekali dgn sahabat2 seperjuangan aku yg lain.sebab kami datang da lambat, ramai da sampai u awal ni.huhu.Takut dapat rumah terbuang pulak nanti.haha.

Hmmm.
Lama dah x jalan jauh2 ni.Kalau kecik2 dulu, balik kampung 2 jam pon da rasa lama gila.Sekarang 2 jam tu macam da xde mende dah.Bole ulang alik lagi.hehe.

Hmm,nak jln jauh2 ni, tetibe teringat balik dulu time kecik2 nak balik raya kat kampung..haha..Nak kongsi la satu tip aku time kecik2 dulu time dalam kete.Kot2 korang boleh ikut jgk ke nak hilangkan ke'stres'an korang ke kan.hehe

Dulu time bapak aku bawak kete, aku suka tengok2 kete2 lain kat atas jalan tu.kadang2 aku suke lambai2 kat diorang.haha.Biasenye diorang pon akan melayan aku yang mmg comel pon time kecik2 dulu.So no wonder la diorang suke layan aku.hihihi.Kalau time jem lagi ar.Macam2 la gaya aku buat nak tarik perhatian diorang.hehe.lagi pon aku tengok driver2 tu mcm bosan je, so aku boleh la menghilangkan rasa kebosanan mereka.hehe.

Tapi sekarang da x buat da kot.Sebab da jadi pemalu skit.hehe.

Tapi kepada korang yang belom pernah buat tu, boleh la jgk kalau nak try2.kot2 leh dapat kenalan baru ke.hehehe.Selamat mencoba yaaa~

p/s: dulu ade gak aku try senyum kat sorang budak pompan comey.pastu die senyum kat aku balik.aku pon tersipu-sipu malu la time tu =P rugi x mintak num fon..hahaha.ahakss

Monday, July 5, 2010

muse~

Best band ni.Leh lentok kalau dgr lagu2 dia.hehe.

Aku suka tgk band ni buat performance.

Bersemangat!dan x mengecewakan peminat diorang.hehe

Senang cite, memang aku suka pon dengan band muse ni dari dulu sampai skrg.Tapi bg aku, lagu lama dorang lagi bez dari lagu baru diorang.Tapi takde la fanatik sangat.lyn gak lagu lain.hehe.Layanzzz~~~




Sunday, July 4, 2010

Rahsia 786

Korang tau x apa 786 yang aku maksudkan tu?Tak tau la kalau korang dah tau lama dah, aku je yang lambat kan.haha.

Tadi laptop aku tetiba je terpasang lagu Alhamdulillah yang nyanyian Too Phat feat Yassin tu.Agak lama jugak la lagu tu.Tapi best.Xbosan dengar.hehe.Hmm, korang perasan x lirik dia yang last2 tu?Ada sebut "tujuh lapan enam, Alhamdulillah Syukur".Kalau x perasan leh je google lirik lagu tu, then tengok sendiri.hehe.So bila terdengar balik lagu tu, aku teringat la aritu kawan aku ada sebut pasal 786 tu apa menda sebenarnya.Tapi aku sedikit lupa, so aku menggoogle la pasal 786 tu untuk dikongsi dengan korang.hehe.

786? Apa benda sebenarnya yang diorang maksudkan tu ye?
Haa, ni yang nak cerita sikit ni.Mula2 sekali aku nak cakap 786 ini ialah suatu singkatan yang diada2kan.Rasulullah tak pernah sebut pun.So ia merupakan bidaah ye sahabat2.hehe.Menurut hasil penggoogelan aku, 786 tu ialah singkatan dari basmalah iaitu hasil jumlah nilai huruf2 basmalah.Nilai2 huruf ini dicipta sejak zaman Abasiyah lagi.Nak senang faham, korang tengok la gambar kat bawah ni yer:



Daripada gamba kat atas ni, dia tunjuk bahawa setiap huruf ada nilai2 dia yang tersendiri.So, dalam ayat basmalah, hasil tambah semua nilai2 huruf tersebut ialah 786.Kalau x caya korang boleh je nak kira.hehe.

Tujuan diorang buat benda ni sebenarnya nak menghalang penulisan ayat Quran di atas kertas biasa.Mungkin bagi diorang, ayat-ayat AlQuran tak boleh ditulis atas kertas2 biasa kot.Kaedah ini jugak banyak digunakan di negara India dan Pakistan.Bagi diorang cara itu lebih diredhai oleh Allah.Kaedah ini hakikatnya adalah hasil dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor.Selalunya untuk kalimah2 seperti Allah, Muhammad S.A.W. dan para2 nabi.

Tak terasa seperti menghina ke dengan mensimbolkan Allah , Rasullullah dan nabi2 yang lain dengan panggilan nombor sahaja?Apatah lagi dengan sesuka hati menukar ayat AlQuran kepada nombor.Jadi jangan lah kita senang2 percaya benda2 bidaah tersebut.Kalau kurang yakin, google je untuk dapatkan yang lebih sohih.hehe.

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat.

pelarissss...

Sekarang kita selalu je dengar pasal pelaris yang digunakan oleh peniaga2 kedai untuk melariskan jualan mereka bagi mendapat keuntungan yang lumayan.Selalunya dilakukan oleh para peniaga kedai makan atau restoran agar dapat menarik lebih ramai pelanggan yang datang.

Sejauh mana kah ilmu pelaris ni boleh membantu mereka2 ni dalam perniagaan?Contoh barang2 yang selalu digunakan sebagai pelaris ialah seperti menggantung takal atau patung di kedai, menyimpan kayu, duit syiling malah ada yang sanggup merendam under wear di dalam kuah makanan diorang semata2 untuk menghasilkan pelaris yang lebih mantap.yerkksss.

Ilmu pelaris ni kalau benar2 mujarab pon sebenarnya ialah dengan bantuan ilmu sihir yang mungkin diajar oleh mana2 tok bomoh.Kat situ pon kita da tau benda tu haram, so x payah tanya la pelaris tu sebenarnya boleh ke tak an.hehe.

Pelaris ni jugak berfungsi utk menjatuhkan perniagaan peniaga lain yang mungkin menjadi pesaing kepada peniaga tersebut untuk mendapatkan untung.Keji betul peniaga tersebut an.Kalau orang agama lain xpe la.Ni bangsa melayu sendiri.ish3.Jiran aku sendiri berniaga kedai makan, dan memang ramai pon yang dtg.Tapi dia guna cara baik ar.Tapi dia cite, semenjak dia bukak kedai tu, ramai gila orang tanya dia pasal pelaris yang digunakan.ish3.sampai macam tu sekali orang melayu kita an.

Kalau nak niaga tu, niaga la leklok.Jangan la sampai benda haram pon kita campur2 dengan yang halal.Xberkat.Allah marah.hehe

Kalau kita tengok kedai2 yang penuh je orang tu maybe diorang guna pelaris la kot,kedai mamak especially,ahaks.tapi jangan buruk sangka pulak ngn diorang,x baik taw.hehe


ramai semacam je kedai mamak ni.pelaris kot..huhu (gambar hiasan)

p/s: aku selalu gak g kedai mamaks.ahakss~

Saturday, July 3, 2010

TeBoooo~

Tada~ post baruuu..yeyy..berjaya menambah post..haha

Korang baca tak post aku pasal durian aritu?Hmm..post yg ni pon ade gak bersangkut paut dengan durian.haha.

Alkisahnya hari time makan2 durian tu, tetiba, aku teringat pulak kat dusun durian arwah atok aku kat muar.Aku rasa da 10 tahun lebih jgk la kitorang x jenguk pon dusun tu.Selama ni soh orang lain je tolong tengok2 kan.Dulu time musim buah durian je, syok jgk la ramai2 dok kutip buah durian kat sana.Sampai 2 bakul besar jgk la kitorang bawak balik.hehe.Tapi sekarang, kata orang yg jaga tu, buah durian da xde.Sbb nya, kwsn tu selalu je kena banjir.So pokok pun penuhla air je dalam dahan dia.Dah rosak.

Cerita dia camni, pagi tadi, dgn dipengaruhi oleh ajakan aku pada malam hari tu, ayah aku pun tiba2 ajak kitorang balik kampung nak jenguk2 dusun durian tersebut.Dusun tu ade kat Muar dekat je dgn rumah atuk aku.Agak tengah hari jgk la kitorang gerak ke kampung.(mana tak nye, aku bangun tido pon da kol 11..huhu)

Sampai sana da kol 2 lebey, so kitorang decide lepas mkn2, nk sembahyang kat kampung and then, teros pergi ke dusun, mana la tau kot2 ada rezeki ke kan.Lagi pun da lame sangat da x bersihkan dusun tu.hehe.Nak pergi ke dusun tu,perjalanan lebih kurang 45 minit jgk la.

Sampai je kat Parit Tengah, iaitu lokasi terletaknya dusun tu, kami pon masuk la ke kawasan lorong dusun tu.Masuk dengan harapan seribu kenangan dapat dikenang kembali.Tapi, satu kenangan pon aku xdapat nak ingat.haha.Mana tak nya, semua tmpt da berubah.huhu.Sampai mak aku yang dok selalu datang situ time kecik2 pon leh lupe.Ini mustahil ni..huhu

So kitorang tanpa berputus asa, turun dari kereta dan berjalan kaki ke satu-satu kebun supaya dapat cam la tanah tu.Tetiba mak aku ternampak pokok buluh kat tepi satu kebun tebu.Dia cam itu lah dusun atok aku yang dulu.Tapi masalahnya sekarang, dusun atok aku da jadi kebun tebu semuanya! wadahel!4 ekar tuu! Dengan rasa x puas hati mak aku dgn ditemani aku, pergi la kat dalam kebun tu nak tanya kat pekerja2 situ.Dan jwpn dari diorang, diorang kerja dgn cina.ahaks.lagi la kami terkejut.Tanah kitorang, apesal kerja dengan cina pulak dah?

Pastu baru kitorang pergi tanya kat jiran2 yang berdekatan kat situ.Nak dipendekkan cerita, rupanya, tanah yang pakcik aku suruh orang tolong jaga kan, rupanya, die da buat macam tanah dia pulak dah.Siut gilerr.Dia tebang semua pokok durian, dia bagi cina tanam tebu.Andaian kitorang, dia sewa kan kat orang cina tu, dan maybe duit sewa tu dapat kat orang yg jaga tu.Tanya kat pakcik aku, dia pun x tau pun tanah tu dah jadi kebun tebu.huhu.Apa lah nasib.Hmm.So sekarang baru lah pakcik aku nak buat tindakan kat orang yang jaga tersebut.Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap! Kitorang terus je balik rumah after that.Sebab mak aku pon da hot da time tu.huhu.Hmm.

Time balik, kitorang singgah gerai tepi jalan beli durian bawak balik rumah.hehe =P Pikir2 balik, ada hikmah jugak la aku teringat kat dusun tu kan.Terbongkar semua rahsia selama lebih 10 tahun.hehe.Doa2 la semoga semua setle dengan baik nanti.huhu


Gambar2 yang terambil kat sana tadi~





Thursday, July 1, 2010

Pendidikan Seks untuk kurangkan seks..Jadi ke?

Proposal kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian di Malaysia ialah dengan memperkenalkan silibus pengajian seks dalam pembelajaran persekolahan.Aku tak faham actually apa yang dorang nak masukkan dalam pendidikan seks yang dorang rancang tu.Adakah motif diorang nak ajar kanak-kanak tentang fungsi alat kemaluan mereka agar tidak disalah guna kan kelak di usia remaja.haha.Kelakar jugak pemikiran para pemimpin kat Malaysia ni.Diorang bajet kalau kanak-kanak tau fungsi2 atau cara penggunaan alat kemaluan mereka, diorang boleh hindarkan diri dari terjebak dengan seks bebas atau lebih tepat nya sebagai zina.

Diorang ni x fikir ke yang zina tu perlukan didikan agama yang mantap, barulah kanak-kanak akhirnya dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk dan akhirnya dapat membendung mereka dari melakukan perkara2 sebegitu.Malah bukan setakat zina, gejala sosial lain seperti dadah, minum arak, dan mencuri pon dapat dielakkan.Masalahnya sekarang, nampak sangat kerajaan macam x pandang pun kaedah dari segi agama.Dorang terus fikir macam mana nak cegah zina tu.X kaji pun dari mana asal usul nya yang boleh mendorong perbuatan zina tu.Semua tu berasal dari kurang nya didikan agama la.Kalau tau semua benda pasal seks pun, tapi kurang agama, last2 diorang boleh jugak terjebak dalam kancah maksiat tu.

Bagi aku, pendidikan seks tersebut boleh merangsang perasaan ingin tahu pelajar2 dengan lebih mendalam lagi dan akhirnya diorang lebih mudah terjebak, dan pada aku, pendidikan tu macam x kan mendatangkan hasil kepada gejala zina di kalangan remaja.Adalah sungguh kelakar kalau kita kata orang2 yang buat seks tu sebelum ni tak tau pon apa yang bakal terjadi setelah diorang buat benda tu.Ada ke orang macam tu?sengal nya budak tu kan sebab tak tau amende yang dorang buat.Main buat je.haha.Aku rasa majoriti yang membuang anak tu, pasti dah tahu dah apa yang bakal terjadi, tetapi apakan daya, hasutan nafsu yang amat kuat time tu merelakan segalanya berlaku.Nampak sangat kat sini, kita perlu kawal nafsu kita dengan pendidikan agama, bukan dengan pendidikan seks.Entah dari negara barat mana tah yang diorang amik aku pun x tau lah.Please la berpandukan ajaran islam.Buat betul2 berpandukan islam, yakin dengan agama kita.Insyaallah Allah tolong.

At least kalau boleh, kaji betul2 dulu benda tu lebih banyak kebaikan ataupun keburukan.Ahli2 fatwa pun kena bersuara jugak dalam menyelesaikan masalah ni.Aku bukan nak salahkan kerajaan ke ape ke.Tapi memang jelas dorang nak membelakangkan agama dalam pentadbiran diorang.Macam kes judi bola la.Diorang boleh pulak berfikiran mengikut rasional otak diorang je tanpa berlandaskan AlQuran.Alasan diorang, nak cegah, tapi bagi halal jugak.Cegah amenda tu?Pastu kata nak hormat agama lain, agama lain pun sokong gak ke judi2 ni?Diorang pun nak cegah jugak kalau boleh.Hari tu ada jugak orang kena tangkap pasal judi haram ni.Boleh pulak pihak berkuasa ni kawal penjudi2 x berlesen tu?Aku rasa, memang kalau dihalalkan pun, judi haram tetap diorang akan buat jugak la.So kembali kepada agama islam kita.

Thamaratul Durriyyan

Hmmm.Semalam aku keluar dgn sahabat2 aku.Kami pergi berkelah merilekskan minda.Hehe.Tapi tak tau pulak bpk aku cuti semalam.So, boleh la aku menge"paw" duit minyak sikit untuk perjalanan kitorang ke sana.Hehe.Tapi kat entri ni bukannya nak citer pasal aktiviti ktorang.Nak cakap pasal durian je senanye.Hehe.

Alkisahnya, smlm ktorang balik lewat, hujan pulak tu.Penat gile bermandi manda macam dak2 tak ckup umur pulak.Xnak keluar dari dalam air tu even hari da nak hujan.Haha.Nasib baik la hujan xnk lebat2.Sempat gak la gerak sampai ke kete.hehe.




tunjuk la skit gamba ktorang kat sane.bess..hehe


Pastu, balik2 je, mak aku baru je balik bersama bapak aku.Pergi pusing2 katanya.Ingat dekat2 je, rupanya da sampai broga sane.Jauh tol.Dating ye???haha.Tapi nasib baik tak lupa kat anak2 dorang.Bapak aku belikan durian.hehe.Tapi, apa kan daya, aku feel amat2 la letih, so aku decide nk tdo awal la malam tadi.Tapi bila da dok online, dekat kol 12 gak la aku tido.hee~

Tapi tadi aku g kat dapur untuk jenguk2 ade lagi x durian smlm.Tapi aku hampa, sbb sume telah dikupas smlm.pdn muke aku. ngee~
Pastu mak aku tengok macam aku tgh tercari2 sesuatu, die pon bukak la peti ais, then amik durian yg dalam tupperware, bg kat aku.hik2..Ade lagi rupanya.So, aku pon makan la lepaskn ngidam aku.haha.

Aku pon makan la dengan lahapnya.Time aku makan2 tu, ada la beberapa budak (anak jiran aku..dorang selalu lepak rumah aku..hehe) dok asik tengok aku mkn je.Aku pon hulur la kat depa.Boleh pulak dorang x nak.aku pon lyn la sensorang.haha.


ni la antara budak2 tu..hee

Yang aku peliknya, dorang memang x suke makan durian.Cakap geli la, xsedap la.Ish2, dalam hati aku pikir, maybe bdak2 skrg da x makan durian kot.haha.Diorang ni mmg la orang2 yang rugi sebab x makan durian.Sedaaap tuuu.Lagi2 dapat yang kuning tu.Perghh.Skjp je abis klu bagi aku..haha


bdak ni takut durian.huhu


Xnak layan durian, layan tv je.huhu


Ade sorang dak tu smpai aku paksa die amik satu, teros keluar rumah xnak mkn.haha.pelik an dak2 skrang.Maybe mak ayah dorang pon x suke kowt,sbb tu dorang tak suke.Aish ibu bapa ni, janganlah buat camtu kat anak2.Kalau x suke pon, beli la jgk durian kasi kat dorang mkn.Yang aku x suke, ade yang sanggup ckp kat anak "durian tu busuk, kalau makan nanti busuk".Anak dia sampai ke besar x makan durian sebab ayah die cakap sekali je macam tu.Aiseh, sian anak x penah mkn durian.Padahal itulah nikmat duduk kat Malaysia ni, ada buah durian.Seedaaappp..huhu


abis durian aku tibai sensorang..hehe