Thursday, July 1, 2010

Pendidikan Seks untuk kurangkan seks..Jadi ke?

Proposal kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian di Malaysia ialah dengan memperkenalkan silibus pengajian seks dalam pembelajaran persekolahan.Aku tak faham actually apa yang dorang nak masukkan dalam pendidikan seks yang dorang rancang tu.Adakah motif diorang nak ajar kanak-kanak tentang fungsi alat kemaluan mereka agar tidak disalah guna kan kelak di usia remaja.haha.Kelakar jugak pemikiran para pemimpin kat Malaysia ni.Diorang bajet kalau kanak-kanak tau fungsi2 atau cara penggunaan alat kemaluan mereka, diorang boleh hindarkan diri dari terjebak dengan seks bebas atau lebih tepat nya sebagai zina.

Diorang ni x fikir ke yang zina tu perlukan didikan agama yang mantap, barulah kanak-kanak akhirnya dapat membezakan yang mana baik yang mana buruk dan akhirnya dapat membendung mereka dari melakukan perkara2 sebegitu.Malah bukan setakat zina, gejala sosial lain seperti dadah, minum arak, dan mencuri pon dapat dielakkan.Masalahnya sekarang, nampak sangat kerajaan macam x pandang pun kaedah dari segi agama.Dorang terus fikir macam mana nak cegah zina tu.X kaji pun dari mana asal usul nya yang boleh mendorong perbuatan zina tu.Semua tu berasal dari kurang nya didikan agama la.Kalau tau semua benda pasal seks pun, tapi kurang agama, last2 diorang boleh jugak terjebak dalam kancah maksiat tu.

Bagi aku, pendidikan seks tersebut boleh merangsang perasaan ingin tahu pelajar2 dengan lebih mendalam lagi dan akhirnya diorang lebih mudah terjebak, dan pada aku, pendidikan tu macam x kan mendatangkan hasil kepada gejala zina di kalangan remaja.Adalah sungguh kelakar kalau kita kata orang2 yang buat seks tu sebelum ni tak tau pon apa yang bakal terjadi setelah diorang buat benda tu.Ada ke orang macam tu?sengal nya budak tu kan sebab tak tau amende yang dorang buat.Main buat je.haha.Aku rasa majoriti yang membuang anak tu, pasti dah tahu dah apa yang bakal terjadi, tetapi apakan daya, hasutan nafsu yang amat kuat time tu merelakan segalanya berlaku.Nampak sangat kat sini, kita perlu kawal nafsu kita dengan pendidikan agama, bukan dengan pendidikan seks.Entah dari negara barat mana tah yang diorang amik aku pun x tau lah.Please la berpandukan ajaran islam.Buat betul2 berpandukan islam, yakin dengan agama kita.Insyaallah Allah tolong.

At least kalau boleh, kaji betul2 dulu benda tu lebih banyak kebaikan ataupun keburukan.Ahli2 fatwa pun kena bersuara jugak dalam menyelesaikan masalah ni.Aku bukan nak salahkan kerajaan ke ape ke.Tapi memang jelas dorang nak membelakangkan agama dalam pentadbiran diorang.Macam kes judi bola la.Diorang boleh pulak berfikiran mengikut rasional otak diorang je tanpa berlandaskan AlQuran.Alasan diorang, nak cegah, tapi bagi halal jugak.Cegah amenda tu?Pastu kata nak hormat agama lain, agama lain pun sokong gak ke judi2 ni?Diorang pun nak cegah jugak kalau boleh.Hari tu ada jugak orang kena tangkap pasal judi haram ni.Boleh pulak pihak berkuasa ni kawal penjudi2 x berlesen tu?Aku rasa, memang kalau dihalalkan pun, judi haram tetap diorang akan buat jugak la.So kembali kepada agama islam kita.

3 comments:

  1. terbaikk.... sy pon rase pndidikn seks ni x wajar... btull.... 1st sekali, kte kne lhat pd tunjang kehidupan kte iaitu agama..lau kuat imannye, die akn spt bezakn yg mn halal n yg mn haram n xkn mudah terpesong mgikut hawa nafsu.. 5 star untuk penulis.. ;)

    ReplyDelete
  2. erm,,btul2,ape pun nk buat,knalah brlandaskn agama.kalau yg psl judi tu,haram ttp haram kan.

    ReplyDelete
  3. erm tu la..
    ahli majlis fatwa pon xde kate ape langsung..
    buat ikut suka dorang je..
    kalau pembangkang ckp lagi la xnk dgr langsung..
    rujuk la dlu org2 ulamak tu..dptkn pndgn sume..haishh

    ReplyDelete