Wednesday, February 1, 2012

KARMA

Salam kalian! sudah lama ngak ketemu. Lama dah aku x pos apa2 kat blog ni. Rasa boring, then tetibe rasa nak bukak pulak blog yg senyap sepi ni. Hehe. Bila dah bukak terasa pulak mcm nak pos sumthing kat sini. Serius habaq hang, ni 1st time aku bukak blog ni, lepas aku pos ucapan hari raya taun 2010. Setahun lebih jugak la kan?haha.

Aku main amik je tajuk karma ni senanya..sebab macam tertarik je dgn video klip karma faizal tahir. Bila dengar lagu dia kat radio, macam x best mana pun. Tapi bila dah tgk video klip dia, baru rasa tertarik dengan lagu dia. Itu lah pentingnya video klip bagi sesebuah lagu. Bukan semua orang faham mesej yang nak disampaikan, tapi dengan video klip, mereka akan dpt memahami dan menghayati mesej yang cuba disampaikan.

Melalui video tu, dia nak menceritakan kisah seorang anak yang menjadi mangsa hamba seks oleh ayah dan kawan2 nya untuk mendapatkan keuntungan. Dan akhirnya ayahnya ditangkap oleh pihak polis dan dipenjarakan. Selepas beberapa lama, ayah nya bebas kembali dan pulang ke rumah untuk hidup bersama anak nya. Hukum karma yang dimaksudkan, akhirnya ditunjukkan apabila anaknya yang berdendam sekian lama terhadap ayahnya dibunuh dengan kejam oleh anaknya.

Kalau nak cerita pasal hukum karma ni, memang xde penghujungnya. So, kita cuba lah elakkan mengkhianati atau menyakiti hati sesama kita, kerna suatu hari nanti kita akan rasa akan pembalasannya kpd kita.

P/s: kalau x kena kat dunia, kat akhirat pasti akan ada balasannya :)



No comments:

Post a Comment