Sunday, July 4, 2010

Rahsia 786

Korang tau x apa 786 yang aku maksudkan tu?Tak tau la kalau korang dah tau lama dah, aku je yang lambat kan.haha.

Tadi laptop aku tetiba je terpasang lagu Alhamdulillah yang nyanyian Too Phat feat Yassin tu.Agak lama jugak la lagu tu.Tapi best.Xbosan dengar.hehe.Hmm, korang perasan x lirik dia yang last2 tu?Ada sebut "tujuh lapan enam, Alhamdulillah Syukur".Kalau x perasan leh je google lirik lagu tu, then tengok sendiri.hehe.So bila terdengar balik lagu tu, aku teringat la aritu kawan aku ada sebut pasal 786 tu apa menda sebenarnya.Tapi aku sedikit lupa, so aku menggoogle la pasal 786 tu untuk dikongsi dengan korang.hehe.

786? Apa benda sebenarnya yang diorang maksudkan tu ye?
Haa, ni yang nak cerita sikit ni.Mula2 sekali aku nak cakap 786 ini ialah suatu singkatan yang diada2kan.Rasulullah tak pernah sebut pun.So ia merupakan bidaah ye sahabat2.hehe.Menurut hasil penggoogelan aku, 786 tu ialah singkatan dari basmalah iaitu hasil jumlah nilai huruf2 basmalah.Nilai2 huruf ini dicipta sejak zaman Abasiyah lagi.Nak senang faham, korang tengok la gambar kat bawah ni yer:



Daripada gamba kat atas ni, dia tunjuk bahawa setiap huruf ada nilai2 dia yang tersendiri.So, dalam ayat basmalah, hasil tambah semua nilai2 huruf tersebut ialah 786.Kalau x caya korang boleh je nak kira.hehe.

Tujuan diorang buat benda ni sebenarnya nak menghalang penulisan ayat Quran di atas kertas biasa.Mungkin bagi diorang, ayat-ayat AlQuran tak boleh ditulis atas kertas2 biasa kot.Kaedah ini jugak banyak digunakan di negara India dan Pakistan.Bagi diorang cara itu lebih diredhai oleh Allah.Kaedah ini hakikatnya adalah hasil dari idea Pythagoras yang berpendapat bahawa semua perkara boleh diterjemahkan kepada nombor.Selalunya untuk kalimah2 seperti Allah, Muhammad S.A.W. dan para2 nabi.

Tak terasa seperti menghina ke dengan mensimbolkan Allah , Rasullullah dan nabi2 yang lain dengan panggilan nombor sahaja?Apatah lagi dengan sesuka hati menukar ayat AlQuran kepada nombor.Jadi jangan lah kita senang2 percaya benda2 bidaah tersebut.Kalau kurang yakin, google je untuk dapatkan yang lebih sohih.hehe.

Rasulullah Shallahu-Alaihi-Wasalam bersabda:
Dan hendaklah kamu menjauhi perkara-perkara yang diada-adakan , kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah , dan setiap bid’ah itu adalah sesat.

No comments:

Post a Comment