Thursday, February 9, 2012

Wanita Perlu Berkerjaya?

Memang dah jadi habit bagi aku, kalau bukak tv mesti akan terbukak chanel sukan dulu. Pagi tadi pun macam tu la. Aku bukak Astro Arena yang selalunya menyiarkan sukan2 tempatan. Syabas la kat Astro Arena sbb ada inesiatif nak menaikkan lagi minat rakyat Malaysia terhadap sukan. Time aku bukak Astro Arena td, kebetulan dia siarkan siaran langsung acara lumba basikal wanita.

Then ada plak sorang pelumba dari Iran. Imej agak sopan berbanding peserta lain. Tutup bahagian rambut dan berseluar panjang. Tapi biasa lah kan, baju sukan konfem2 la kne ketat berkonsepkan baju tight. Kalau dah ketat tu konfem2 la nampakkan bentuk tubuh kan. Aku pun terfikirlah, rasa nya terlampau sedikit sekarang ni uniform sukan yang dapat menjaga dengan sempurna aurat seorang wanita.

Hampir semua sukan dikehendaki mendedahkan aurat mereka ketika beraksi. Kesian lah kat wanita, yang nak bersukan tapi nak jugak jaga aurat. Macam mana kah?

Tapi kalau bagi aku, persoalannya sekarang, perlukah wanita itu bersukan? Takpa bersukan dengan niat nak menyihatkan badan. Tapi kalau untuk dipertandingkan, aku rasa lebih baik lah tak perlu melibatkan diri. Kalau dipertandingkan, konfem2 lah kena pakai ikut pakaian yang telah ditetapkan. Pastuh, akan disaksikan oleh penonton2 yg ramai. Memang lah amat tak selamat utk mereka bersukan.

Kan bersukan itu lebih sesuai untuk kaum lelaki. Lagi pon, kan tak sopan kalau kita tengok perempuan yang bersukan. Dengan lompat sana, lompat sini, berlari-lari. Bagi aku, xperlu. Biarlah orang lelaki saja lah yang mengharumkan nama negara. Bukan nak kata perempuan tu lemah, tapi itu lah hakikat nya. Bukan semua benda yang lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat jugak. Jangan lah macam tu. Aku taknak tengok negara kita diperintah oleh orang perempuan. Banyak tanggungjawab wanita dalam rumah tangga. Biarlah suami yang mencari nafkah untuk isteri di rumah selagi mampu. Isteri pula menolong suami dari segi memasak, mengemas, membasuh, menjaga anak dan lain2. Kan banyak tanggungjawab tu.

Cuba bayangkan isteri kerja, siapa yang nak buat kerja2 tu semua. Memang lah kita boleh makan di luar, basuh baju malam2 je, kemas rumah sekali seminggu, tapi kita tak sedar ada satu tanggungjawab ni yang kita memang kena lakukan. Iaitu, menjaga anak kita.

Kita tak sedar, kalau x jaga anak dengan rapi, banyak musibah yang boleh terjadi. Ramai wanita bekerjaya mengambil jalan mudah dengan menghantar anak ke nuseri, mengupah bibik utk menjaga anak mereka dan sebagainya. Masalah yg akan timbul, kita tak akan nampak ketika anak masih kecil, tapi akan timbul bila mereka sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Di mana banyak ibu bapa yang yakin anak mereka boleh berdikari, membiarkan saja anak mereka di rumah bersendirian setiap hari selepas balik sekolah. Ketika itu mereka baru je nak mengenal dunia dan banyak benda yang mereka ingin cuba. Jadi, sepatutnya di peringkat ini, mereka perlukan perhatian yang lebih tinggi agar dapat mengawal segala perbuatan anak kita supaya tidak melencong ke arah perkara negatif. Janganlah terlalu percaya kepada mereka kerana mereka sentiasa perlukan bimbingan dari kita yang lebih berpengalaman.

Kalau setiap ibubapa menitikberatkan perkara ini, dan menjaga anak mereka dengan sebaik2nya, Insyaallah banyak gejala negatif remaja ketika ini dapat dikurangkan.

Gejala negatif pelajar akibat kurang perhatian drpd ibubapa


Bukannya tak boleh kalau perempuan nak bekerjaya, tapi kena la ada syaratnya. Apa syarat yg boleh membenarkan wanita itu bekerjaya?? Antaranya:

a) Telah kematian suami maka tanggungjawab memelihara anak-anak telah terpikul pada dirinya.

b) Pendapatan si suami tidak dapat menampung keluarga pada perkara-perkara asas dalam kehidupan. Bukan perbelanjaan pada perkara bermewah-mewah.

c) Wanita yang belum bersuami dan perlu menyara ibubapa yang sudah tua serta adik beradik yang masih belum bekerja.

d) Bagi wanita yang pakar dalam sesuatu bidang yang kepakaran itu hanya ada padanya ketika itu dan di tempat itu yang tampanya tuntutan “fardhu Kifayah” tercicir maka “wajib” baginya keluar bekerja.
Contoh : Doktor Pakar Sakit Puan.



Tetapi wanita time kerja pula kena la menjaga tatasusila dan adab2 ketika bekerja. Diantara adab2 ketika wanita bekerja ialah:

a) Pekerjaan itu mestilah tidak bertentangan dengan syariat dari semua sudut samada muamalat mahupun muasyarat.

b) Pekerjaan yg bersesuaian dengan naluri wanita.
Contoh : Tukang jahit, jururawat, doktor, pendidik.

c) Tempat bekerjanya itu bebas dari fitnah kepada dirinya.
Contoh: Pelayan Pub dan Karaoke.

d) Hendaklah menutup aurat dengan sempurna.

e) Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja juga bebas dari fitnah.
Contoh : Tidak menumpang kenderaan ke tempat kerja bersama lelaki yang bukan mahramnya.

f) Menjaga pergaulan. Pergaulan dengan bukan mahram perlu atas dasar kerja saja.

g) Menjaga akhlak sepanjang pekerjaan tersebut.


Jika semua perkara di atas ni dapat dilakukan dengan baik, Insyaallah kita akan dapat membina sebuah keluarga bahagia dan melahirkan anak yang berjaya =)

No comments:

Post a Comment