Monday, June 28, 2010

yeaaa..kawanku da sehat...

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku bermesra-mesra dengan fren sejati aku, a.k.a laptop ku yang dah elok kembali.Tapi actually x brape nak elok.Tapi ok la.Setakat bese2.Kalau nak main game, memang x lepas kot.huhuhu.

Nak ucap thanks kepada paksu aku yang bertungkus lumus bersengkang mata nak elokkan balik laptop aku, walaupun Paksu aku x baca kot post aku ni, tapi jasa die amat dihargai.Seminggu jugak la nak setelkan.Kalau aku buat kat lua, diorang sume soh tukar motherboard, mahal beb, dah ar aritu da tukar da motherboard tu, tapi under warantee lagi time tu.pesal tah asik rosak jer.tekanan tol.huhu.

Kalau korang nak tau (klu x nak tau pon kene tau gak), selama ni aku online sume guna laptop lama abg aku, walaupon da nazak, tapi ok la jugak setakat nak online, chating2, tengok2 movie, layan2 lagu.hehe.Malas pakai desktop, kne dok kat luar.X privacy.Pakai laptop abg aku leh dok dlm bilik.bilik aku besh, ade katil, bantal.ade sejadah, leh wat solat tahajud mlm2 =P hehehe.

okeys, tu je la entri utk kali ini.see ya..

p/s: bzzz..tadi aku bawak satria neo paksu aku, sedap seyh..haha, saje nak kasi korang jeles2,,hahahahaaha

Sunday, June 27, 2010

Jaguh terhumban awal....

Bes tak tajuk entri aku ni?teruja tak?macam akhbar harian metro tak?haha..


Perancis...........Itali.........

Hmmm..

Banyak persamaan antara 2 nama besar bola sepak dunia di atas untuk edisi World Cup kali ini.Huhu.Bagaikan terkena sumpahan.Itu lah yang mampu aku katakan kepada 2 team ni.Tapi, apakan daya.Bola sepak, sume benda leh jadi.Bak kata pepatah bola sepak, "bola itu bulat".Kui3.

Kesian jugak kat diorang,sebab time perlawanan memang nampak kesungguhan diorang nak menang game tu, tapi x berjaya.

Persamaan yang aku nak ckp kat sini adalah:

Kedua-dua team merupakan finalist untuk edisi World Cup yang lepas iaitu di Jerman dengan kemenangan berpihak kepada Itali.

Kedua-dua team mempunyai begitu ramai pemain bertaraf bintang yang dijangka akan memeriahkan lagi World Cup tahun ni.

Kedua-dua team tak menang langsung untuk World Cup tahun ni.

Kedua-dua team tak lepas untuk ke pusingan kalah mati.

Kedua-dua team menduduki tempat terakhir dalam kumpulan masing2.

Kedua-dua team tewas untuk perlawanan terakhir mereka.

Haaa..Banyakkan yang dorang same??kui3.
Tapi aku rase persembahan Itali boleh dikatakan takde la terok sangat, maybe sebab takde luck kot.Ala, macam Liga Malaysia la.Kadang-kadang Selangor yang hebat tu boleh kalah dengan Pahang yang tak hebat tu.haha.Tapi tu contoh je, mane ade Pahang pernah menang dengan Selangor untuk beberapa season baru2 ni.hihihi.Berbalik kepada Itali tadi, mereka walaupun x menang, tapi mereka banyak jugak menghasilkan gol, gol yang lawa2 plak tu.hehe.

Berbanding dengan Itali, Perancis begitu nampak ketara sekali keapuhan dalam jentera pertahanan mereka, begitu juga dengan serangan mereka yang kekurangan penyudah yang baik, walaupun telah banyak membuat gerakan menarik daripada tengah, sehingga menyaksikan mereka telah diboloskan dengan 5 gol dan hanya menjaringkan 1 gol sahaja.Tu pon gol mudah di akhir2 perlawanan.

Begitu banyak sekali berita mengenai pertelingkahan antara coach Perancis dan player2 mereka.Mereka mengatakan bahawa Domenech, coach Perancis, tidak reti memilih pemain dan strategi yang pelik.Aku pun tak tau nak ckp cemane, tapi player dorang memang x puas hati la, sampai Nikolas Anelka telah men'sound Domenech mengenai strategi beliau sehingga menyebabkan Anelka diberi tiket pulang awal kerana kekurang ajaran beliau.Begitu juga Patrice Evra yang bertindak memboikot perlawanan terakhir mereka menentang South Afrika, yang membuatkan mata aku untuk Fantasy World Cup berkurang (sempat lagi promote..hehe).

Tu je la yang mampu aku analisis mengenai diorang.hehe.

Friday, June 25, 2010

All For Ummah - Satu

Takde keje n bosan, so mlm ni aku nak kongsi ngan korang lagu ni.Ni lagu nasyid, hasil nukilan All For Ummah iaitu kumpulan nasyid yg ditubuhkan utk pelajar SMAP Kajang (sekolah sahabatku afif..hehe).Tapi tu generasi awal2 la.Macam Maahad Hamidiah Kajang jgk, MIRWANA (kump lame FaizalTahir) pon banyak generasi jgk, tapi yang buat albumnya, generasi FT tu la.hehe.Lagu ni memang bes, tapi aku da cari lame dah kat tenet, nk download, tp xde pon lagu ni.Lagu lain All For Ummah ade la.Tapi yg ni lagi bes kot.huhu.Hayati je la lirik die ea.Hehehe~

AFU- Satu
Membela sebuah agama
Bagai menusuk duri dari dalam jiwa
Bersama niat hati suci
Sejati dalam nurani

Menyemai satu cita-cita
Bersama dihiasi iman dan taqwa
Demi untuk maruah agama
Yang kini dibuai gelora

Satu cita-cita tersemat dalam jiwa
Dengan keikhlasan tulus dari hati
Harapanku meninggi

Satu kejayaan bila cita kukecapi
Tanpa rasa jemu berserah pada-Nya
Bersyukur pada Tuhan

Satu cita-cita yang sejati
Abadi murni
Bersatu bersama bergandingan
Kita menyemai budi

Jiwa yang sejati harmoni
Tiada rasa sangsi
Sujud setia kepada-Nya
Hanya Allah yang Esa

Wednesday, June 23, 2010

Mansuh UPSR dan PMR?

Hmmm.Rasanya benda ni sejak aku nak amik PMR lagi da dengar ura2 nak bubarkan PMR ni.Tapi time tu aku rasa, uish, rugi gila nak mansuhkan PMR.Sebab time tu la aku nak tunjukkan betapa hebatnya aku menjawab exam(haha,riak gila..main2 je weh).

Tapi bila fikir-fikirkan balik,ada motif gak kita bubarkan.Sebabnya, kenapalah kita perlukan banyak sangat exam untuk menentukan kecemerlangan kita.Nampak sangat belajar hanya untuk exam.Mana tak nya, lepas UPSR, selang 3 tahun, PMR pulak, pastu selang dua tahun,SPM pulak.Memang pelajar sentiasa kena belajar untuk exam je la jawabnya.

Pastu, start la parents hantar anak2 pergi tuisen utk pastikan anak mereka skor sebaik mungkin dalam peperiksaan dorang.Sedangkan pelajar tu rasa tertekan sebab dengan usia muda, da kena struggle utk dapat keputusan cemerlang.Untuk buat ibu bapa gembira jugak.

Asik exam je, memang pelajar tak boleh nak tumpu kepada benda lain la jawabnya.Kata nak pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tapi jugak nak cemerlang dalam bidang kokurikulum.Kalau asik belajar untuk exam je,bila nak berlatih untuk kokuruikulum nye?

Hmm.Biasanya, ibubapa tak akan benarkan anak mereka bergiat terlalu aktif dalam kokurikulum kerana takut boleh mengganggu prestasi anak mereka dalam akademik.Lagi-lagi bila tempoh anak nak ambil exam tinggal tak sampai setahun, lagi la diorang strict.Sama ar macam aku, dulu time form 1 dan form 2, banyak gak tournament taekwondo aku masuk,tapi bile da nak exam,parents aku x bagi, takut injured,payah pulak nak amik exam.So takkan la minat aku kena ending sampai situ je,sebab nanti time form4 lagi ar kena belajar utk SPM pulak.Lagi la penting exam tu.Pergh,2 tahun je beb boleh giat aktif, gile sekejap!

Apa kita dapat beb kalau dua tahun je kita aktif?Pengalaman pon belum cukup lagi der.Bakat kita pon x sempat nak ditajamkan.So, negara pon, banyak la kehilangan bakat-bakat besar dalam pelbagai aktiviti lain sebab asik nak tumpu pada periksa je.Tokoh2 periksa je la yang kita dapat hasilkan.Hehe.

Lagi pun, PMR, exam tu untuk apa sebenarnya?Untuk nak nilai kita time menengah rendah je.Nak tentukan kita aliran apa je.Untuk nak masuk sekolah bes2 je.Ada ke syarikat2 nak amik kita kerja, tanya pasal result PMR?takde bro!SPM pon belum tentu orang tanya.Orang tanya time Universiti ni la.So,buat lah yang terbaik korang kat universiti ni.Huhu.Untuk menentukan pelajar punya aliran untuk SPM,aku rasa, kerajaan perlu buat alternatif lain supaya nanti x kucar kacir.

So,bila pikir2 balik, memang patut pun dibubarkan PMR tersebut.Tapi,UPSR, aku rasa still relevan.Sebabnya, dalam tempoh 6 tahun, kita kena tahu jugak sejauh mana tahap mutu generasi kita agar mereka tidak ketinggalan.Tapi, biasalah,ini semua cuma andaian je, tak tahu lah, kalau da xda exam, masalh gejala sosial makin menjadi-jadi.Biasalah,budak2 ni mana reti fikir secara matang.Ingat nak seronok je.Huhu.

Tuesday, June 22, 2010

kekasih or khinzir???

Aku tertarik dengan kartun ni.Mendalam tol style dia.Hehe.Paham2 kn la sinri pengajaran dia ea korg.hehehe ;)


Monday, June 21, 2010

Player Pilihan

Bulan ni memang takde cite lain la selain crite World Cup.Hehe.Seminggu lebih gak aku tak buat post baru.Jom cite pasal bola.Da masuk round 2.Aku rasa ramai peminat bola da analisis da player mane yang dorang rasakan amat menonjol dalam edisi World Cup 2010 ni.Hee.

Untuk entri yang ni, aku nak kongsi ngan korg tentang player2 yang aku rase menyerlah la untuk World Cup 2010 di Afrika Selatan ni.

GOAL KEEPER
Aku suka keeper New Zealand, MARK PASTON. Banyak tol die save bola time lawan Slovekia dan Itali.Mungkin dia juga la penyelamat bagi New Zealand yang belum lagi kalah dalam 2 game, iaitu hanya sekadar seri dan hanya dibolosi dua gol sahaja.

DEFENDER
Aku pilih PATRICE EVRA,drpd France.Walaupun takdak gol dijaring atau di assist, tapi kelincahan beliau selalu gak mencemaskan bhgian bek lawan.

Sebelah kanan, aku pilih PHILIP LAHM,German.Hantaran2 cantik dan player yang kreatif dan laju jugak.Memang sesuai sebagai defend kanan yang jugak merangkul winger German.

Utk defend tengah aku pilih LUCIO drpd Brazil, seorang defend yang cekang.Penuh skil, dan laju.Tenang dalam mematahkan serangan lwn.

Sorg lagi defend, aku pilih OGUCHI ONYEWU drpd USA.Defender yg amat kental, berbadan sasa, selalu saja mengecewakan penyerang2, terutama ketika bertemu England.

MIDFIELDER
Aku suka tol ngan LIONEL MESSI drpd Argentina.Kelincahan beliau mmg x dapat disangsikan lagi.Aku rasa kalau die kekal perform,boleh jadi pemain terbaik WC taun ni.Kita tengok dlu cemane.hehe.

Next aku pilih ELANO.Sebelum start WC lagi aku da bajet die boleh perform sebab tengok die seorang outstanding player sejak dari friendly match lagi.Player yg tangkas, jaring 2 gol dalam 2 perlawanan.

Yang ketiga, aku pilih SEMI KHEDIRA,from German.Muda dan laju, memiliki tendangan padu dan mampu membuat jaringan dari luar kotak penalti.Keyakinan yg ditunjukkan seperti sudah lama bergandingan dengan pemain veteran seperti Miroslav Klose.

Keempat ialah LANDON DONOVAN dr USA.Seorang player yang laju.good control ball.Bersemangat mendapatkan bola.Selalu membuat cross2 yang membahayakan defend lawan.Hantaran tepat dan cantik.Boleh menjaringkan gol dari sudut sukar.

STRIKER
Penyerang yang menjadi pilihan aku yg pertama ialah, LUIS FABIANO dari Brazil.Lepas tengok game semalam, memang Fabiano seorang player yang mantap, laju, rembatan laju dan tepat, dan bijak menggelecek lawan.Pandai mencari peluang.

Penyerang kedua ialah, DIEGO FORLAN iaitu player Uruguay.Walaupun sudah berumur, tetapi kerajinan beliau mengejar bola amatlah tidak diragui.Ketangkasan beliau boleh mengucar kacirkan pertahanan lawan.Banyak jugak serangan2 daripada beliau,dan byk juga percubaan2 yang di'assist' oleh beliau.Player yg berpengalaman dan kreatif.Mungkin player veteran yang paling menyerlah untuk WC ini.

Tu semua pilihan aku, korang lak??hehe

Saturday, June 12, 2010

12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan &
berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"Mereka orang2 yang
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat".firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka".


Barisan kedua:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan.Datang seruan Allah "Mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yang mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa-dosa itu.


Barisan ketiga:
Diiringi dari kubur dengan bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.Mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalam orang yang berkemampuan.Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.


Barisan keempat:
Diiringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut.Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli.Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal.


Barisan kelima:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.


Barisan keenam :
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan.Mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.


Barisan ketujuh:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka.Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.


Barisan kelapan:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah & kaki ke atas.Mereka adalah orang yang melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka.Sabda Rasulullah S.A.W, "Tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".


Barisan kesembilan:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.


Barisan kesepuluh:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta.Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


Barisan kesebelas:
Diiringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yang menjijikkan.Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


Barisan kedua belas:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama.Mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan, "Mereka semasa hidupnya adalah orang yang beramal soleh & melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."

Wallahualam.

Thursday, June 10, 2010

Perlukah BERDEBAT?

Selalu je kan kita dengar pasal isu debat mendebat ni.Selalunya perdebatan berlaku diantara dua tokoh besar di dalam sesuatu kumpulan.Sekarang pulak, selalu je ade rancangan perdebatan disiarkan melalui kaca televisyen bagi mendebatkan sesuatu isu yang diberikan.Dan selalunya jugak debat ini melibatkan tokoh tokoh daripada parti kerajaan dan pembangkang.Perdebatan juga telah mula diterapkan ke dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah apabila ia merupakan acara yang dipertandingkan bagi mencari juara debat antara sekolah-sekolah di Malaysia.Ada manfaat ke kita berdebat-debat ni?Meh kita bincang bincang.Hehe.

Pengertian dan maksud bagi debat ialah perbahasan dan pertukaran pendapat mengenai suatu hal dengan saling memberi alasan untuk mempertahankan pendapat masing-masing.

Melalui pengertian tersebut, jelas tujuan debat adalah untuk mempertahankan pendapat masing-masing melalui alasan-alasan yang diberikan oleh si pendebat agar dapat mengatasi lawannya.Boleh tak kita kata debat ini merupakan perang mulut secara profesional?haha.

Selalunya perdebatan ni berlaku diantara orang yang banyak ilmu.Dan selalunya yang menang perdebatan tersebut ialah orang yang mempunyai ilmu yang lebih daripada si lawannya yang mungkin mempunyai kurang ilmu mengenai isu yang didebatkan.

Ramai pendakwah dan ahli-ahli fikir Islam berpendapat, debat dalam isu-isu agama dan ibadat tidak banyak faedah yang boleh didapati kecuali jika ia dilangsungkan dengan etika debat yang tinggi, hormat-menghormati antara peserta dan dengan kekuatan ilmiah yang meyakinkan.Biasanya debat yang tidak dikawal oleh akhlak lebih banyak mengundang kepada perbalahan dan permusuhan yang merugikan.

Tidak dinafikan debat merupakan salah satu uslub yang sangat berkesan dalam menyebarkan Islam, dakwah dan kebenaran, tetapi ia adalah langkah ketiga dan terakhir, iaitu setelah buntu jalan-jalan menggunakan pendekatan berhikmah dan nasihat pengajaran yang baik.Itupun hendaklah dilangsungkan dengan akhlak dan adab yang tinggi.

Tapi kalau kita lihat perdebatan-perdebatan sekarang, adakah ia dilangsungkan dengan penuh adab sopan?Selalunya yang aku tengok, selalu saja 'ayat-ayat perli' digunakan bagi menjatuhkan pihak lawan mereka.Mungkin ramai orang sedia berdebat,tetapi tidak ramai yang sedia patuh kepada akhlak dan adabnya.

Berbalik kepada pengertian debat, pendebat selalunya inginkan kemenangan berpihak kepadanya.Pendebat tidak akan sesekali mengalah biarpun mereka tahu mereka berada di tempat yang salah kerana itulah tujuan perdebatan diadakan.Jadi apakah motif diadakan debat sebenarnya?Untuk mencari jalan penyelesaian masalah atau untuk menambahkan lagi masalah?

Selalunya, apa yang terjadi dalam perdebatan-perdebatan ahli-ahli politik, perdebatan mereka tergantung saja tanpa ada pihak yang menang.Kerana pihak juri pun tak tahu bagaimana untuk menilai kerana ada saja masalah yang ditimbulkan oleh kedua-dua belah pihak bagi menghangatkan suasana tanpa memberi jalan penyelesaian yang terbaik kepada masalah-masalah tersebut.Kadang-kadang pula, keyakinan yang ditunjukkan oleh pendebat mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton yang entah faham atau pun tidak apa yang didebatkan.Mungkin mereka lebih melihat kepada kehebatan individu itu sendiri daripada melihat kepada isu yang didebatkan.

Terdapat beberapa peristiwa dan pandangan ulama' mengenai debat.Antaranya:

(a) Al Auza’i berkata “Berpeganglah dengan atsar Salaf, walaupun manusia menolakmu, dan jauhilah pendapat-pendapat akal manusia, walaupun mereka menghiasinya dengan perkataan indah.”

(b) Muhammad bin Wasi’ berkata: Aku melihat Shafwan bin Mihraz mengisyaratkan ke salah satu sudut masjid dan disitu ada beberapa pemuda yang sedang berdebat, aku melihatnya mengibaskan bajunya dan berdiri kemudian berkata “Kalian adalah orang-orang yang berpenyakit kulit.”

(c) Wahb berkata “Jauhilah olehmu berdebat dan berbantah-bantahan, karena kamu pasti berhadapan dengan salah satu dari dua macam manusia: Seorang yang lebih anyak ilmuya darimu, maka bagaimana kamu mendebat dan membantah orang yang lebih berilmu? Atau orang yang kamu lebih berilmu darinya, maka bagaimana kamu membantah dan mendebat orang yang kamu lebih berilmu darinya? Dan dia tidak akan menurutimu, maka tinggalkanlah hal itu.”

Bagi aku sendiri, lebih baik kita mengadakan perbincangan atau musyauwarah dalam melakukan sesuatu perkarra.Itu lebih baik daripada kita berdebat tanpa arah tuju.Kerana, apabila kita berbincang, segala yang diutarakan oleh ahli perbincangan akan diteliti dengan baik.Sedangkan Rasulullah sendiri sentiasa melakukan musyauwarah dalam menyampaikan dakwahnya agar segala keputusan dapat dipersetujui bersama tanpa ada rasa sangsi oleh setiap ahli.Malah, apabila kita bersama-sama berbincang, segala keputusan yang dibuat akan diberkati Allah.

Perbincangan juga boleh merapatkan hubungan sesama muslim.Tiada ketidakpuasan hati berlaku di kalangan ahli jika musyauwarah itu dilakukan dengan sempurna dengan mengikut adab-adab musyauwarah.Jika kita berdebat, besar kemungkinan kita akan mempunyai perasaan sakit hati kepada pihak lawan kerana sentiasa cuba untuk membangkang idea kita.Biarpun telah berdebat dengan penuh adab dan sopan, tetapi terdetik juga di hati ketidakpuasan hati kita terhadap perdebatan itu.

Perdebatan juga hanya akan memberi kelebihan kepada si pemenang sahaja, tetapi tiada kelebihan kepada si kalah.Ini kerana segala idea yang diberikan oleh si kalah sudah pasti telah disangkal oleh si pemenang.Tetapi apabila kita berbincang, idea yang diberikan kedua-dua belah pihak akan diterima dengan baik, dan perbincangan akan menentukan keputusan yang terbaik.

Wallahualam.

Monday, June 7, 2010

Piala Dunia






































































Yeahh..hanya tinggal 3 hari saja lagi kita akan bersama-sama menonton piala dunia yang amat dinanti-nantikan oleh kita selama 4 tahun.Pasti ramai yang telah mempunyai pasukan yang menjadi pilihan masing-masing untuk menjuarai piala dunia ini.hehe.Bagi aku sendiri, aku pilih France dan England yang ku rasakan layak untuk ke pentas Final.Namun, walau apa pun, kita tengok sahaja lah apa yang terjadi.Kalau lah Malaysia dapat masuk Piala Dunia ni, pasti dan pasti aku akan memilih Malaysia seratus peratus tanpa ada ragu-ragu.Tapi apa kan daya.hehe.

Bercakap mengenai Piala Dunia, aku sedih jugak la sebab dah dekat-dekat nak start Piala Dunia, ramai pulak pemain-pemain bertaraf bintang yang tercedera dan tidak dapat dapat bermain untuk Piala Dunia tersebut.Kenapa lah mesti terkena pada pemain bintang kan?haha.Kesian kat depa.Antaranya termasuklah Didier Drogba (Ivory Coast), Rio Ferdinand (England), Arjen Robern (Belanda), John Obi Mikel (Nigeria), dan Michael Ballack (German).Nani (Portugal) juga baru sahaja dilaporkan cedera, tapi mungkin sempat bermain untuk negara mereka.Mintak-mintak lah boleh main, sebab aku nak tengok pemain-pemain Man United beraksi cemerlang di kancah Piala Dunia nanti.hehe.

Haa, itu lah padahnya kepada pasukan-pasukan ni yang terlalu yakin memngadakan perlawanan persahabatan betul-betul sebelum Piala Dunia bermula.Kan dah hilang dah ayam tambatan dorang.Nak lawan pulak dengan team yang kuat-kuat pulak tu.Huhu.Mungkin ini menjadi pengajaran buat mereka agar lebih bersikap berhati-hati sebelum Piala Dunia.Cuba mereka contohi pasukan Argentina dan Brazil. Argentina tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara beberapa minggu sebelum Piala Dunia bermula, manakala Brazil pula hanya membuat perlawanan persahabatan dengan team-team yang tak berapa kuat.Mungkin itu taktik mereka untuk mengelakkan pemain daripada tercedera agar dapat mempamer aksi yang terbaik dalam saingan Piala Dunia.hehe.

Erm,ni antara nama-nama bintang yang aku rasa bakal menggegarkan Piala Dunia nanti:
Cristiano Ronaldo (Portugal)
Lionel Messi (Argentina)
Steven Piennar (South Of Africa)
Andres Guardado (Mexico)
Yoan Gourcuff (France)
Wayne Rooney (England)
Jozy Altidore, Jonathan Spector (USA)
Lee Chung Yong (Korea Selatan)
Kaka, Elano (Brazil)
Danielle De Rossi (Itali)
David Villa, Fernando Torres ,Andres Iniesta (Spain)
Eto'o (Cameroon)
Wesley Sneijder (Belanda)

p/s: ni yg aku knl je kot.hehe

Saturday, June 5, 2010

Jom Sukan !!

Aku baru sahaja pulang dari bermain badmintod bersama ayah aku dan kawan kawan dia.pergghh.lama gila dah tak main badminton. kepenatan amatlah terasa sekali. lenjun abis aku punya baju.kalah pulak tu.haha.aku respect gak la kat diorang yang main tu. sebab dorang dah pun bergelar veteran tapi tenaga yang diorang ada punya lah banyak. malu pulak aku dgn diorang.ye lah, aku kan still muda lagi, tapi stamina aku kurang gila nak bandingkan ngan dorang.haha.

Time kitorang main tadi, ade lah ternampak beberapa orang budak2 yang sedang berlatih main badminton dgn coach diorang. aku rase kagum jugak tgk diorang.kecik2 da ada skil dalam permainan tersebut.jeles pon ada gak..yelah, time aku dulu mana la ada pergi kelas badminton nak main.main sendiri2 je.sape hebat, dia hebat la.xde pon terfikir nak ke kelas badminton.hehe.tapi satu yang menyedihkan aku ialah, semua yang pergi training tu budak2 cina aje.xde sorang pon melayu.mane tah perginya melayu.atau mungkin melayu berlatih dengan orang melayu saje?xnak campur2 dgn orang cina?huhu.itu andaian aku je la. tapi kenapa yang main untuk negara sekarang ni semua cina?melayu yang ade pon si hafiz hashim yang umurnya pun hampir mencecah 30 tahun. haha.mungkin andaian aku selama ni betul la kot.anak2 melayu kita sekarang, kebanyakannya tiada langsung semangat untuk memajukan diri mereka.mana entah perginya semangat orang melayu yang lama2 tu.dah ditelan dek saman kot.zaman IT la katekan.dorg semua dok lepak kat cyber cafe la.habis duit sia2 je depan komputer tu.bukan boleh bawak g mana pon.ish2.

Tapi kenapa anak2 melayu jadi macam tu?erm, aku rasa mungkin kurang kawalan daripada ibu bapa diorang.ibu bapa jenis endah x endah saje apa anak diorang nak buat dan ke mana anak diorang pergi. diorang percaya anak diorang x kan terjebak masalah sosial yang amatlah berleluasa di negara kita ni.tapi aku kagum betul bila tengok parents anak2 cina yang sanggup tunggu di luar dewan untuk menanti anak mereka habis berlatih.mungkin itu lah bezanya melayu dan cina.melayu terlalu mudah lupa diri sedangkan orang cina terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik untuk generasi mereka.kebanyakannya memang macam tu.bila anak tidak di kawal, mereka lebih mudah terjebak dengan hiburan yang melampau2 di negara kita.mula lah dengan budaya melepak, merempit, dadah, dll.mereka hanya ingin berhibur sahaja tanpa memikirkan masa depan yang akan mereka lalui.kita boleh tengok sendiri semua budaya2 yang tidak sihat itu kebanyakan dilakukan oleh anak2 melayu. amat2 lah memalukan.

Aku tengok sukan yang anak melayu aktif pun hanyalah sukan bola sepak. tapi hakikatnya, kita boleh lihat sendiri kemajuan bola sepak kita macam mana.kalau nak dibandingkan dengan zaman mokhtar dahari, memang amat lah berbeza sekali. pemain2 kita macam tiada semangat untuk bermain.semangat bermain untuk negara itu kurang.kalau kita lihat zaman mokhtar dahari semua pemain bersungguh2 utk bermain.tapi pemain2 skrg macam kurang bermaya.bila aku tengok corak pasukan2 yang bermain dalam liga super, macam xde style langsung.camane la nak tarik ramai penonton datang ke stadium kalau mcm tu la gayanya permainan mereka.kejayaan pasukan malaysia dalam sukan ini, paling tinggi pun pada peringkat asia tenggara sahaja.peringkat asia seperti tenggelam langsung, x timbul2..ish2..sukan ni berbeza pulak dengan sukan badminton yang didominasi oleh bangsa cina.kerana kesungguhan ibu bapa mereka mengasuh anak mereka dalam sukan tersebut, maka lahirlah jaguh2 dunia seperti Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.mengapa ramai player cina sahaja yang bermain sukan ini?padahal kalau sebelum ini, didominasi oleh player berbangsa melayu, seperti rashid sidek, jailani, razif dan roslin hashim.itulah yang aku katakan tadi, bangsa melayu mudah saja lupa diri apabila telah banyak mengecapi kemajuan.kita telah hanyut bersama teknologi yang ada.melayu mudah leka.tapi bukan semua melayu begitu, kerana aku tengok ramai jugak anak2 melayu yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk menyertai aktiviti berfaedah seperti sukan taekwondo, kelas muzik, silat dll. aku harap kalau ibu bapa perasan bakat dan kebolehan anak mereka dalam sesuatu bidang, just go on je.biar dia dapat belajar dan berlatih dengan baik agar dapat memberi manfaat kepada negara kita.tapi jangan lah biar anak melupakan pelajaran mereka.itu yang lebih utama.wallahualam.

Friday, June 4, 2010

renung renung

minggu lepas ade gak ar tertengok jurnal mentor..ak tgk la si mentor ziana zain ni dok ngaja protege die iaitu si mohamad..(aku tau sbb ziana asik dok ulang2 je nme die..hehe)

pastu ade la bab2 si mohd ni kne la menari dgn perempuan..lagu jangan pisahkan klu x silap aku..die duet dgn nani, protege azmeer..hehe
so dlm babak tari menari tu, yg si mohd ni terpaksalah menyentuh pipi si nani tu..ak tgk time latihan tu si mohd actly x bese pegang2 pompan, so die macam letakkn tgn die dkt je la ngn nani..pastu si ziana zain ni soh die pegang btol2 kat pipi si nani tu..pastu marah mohd sbb malu nk pegang..

time die marah tu, ziana cakap, xleh malu2 klu kite nyanyi..menyanyi tu sbnrnye perlukn lakonan..time kite berada atas pentas tu sbnrnye kite tgh blakon..so jgn la nk malu2 nk pegang2..sbb tu adelah just blakon..bkn nye nk pegang btol2..

time aku tgk tu, punye la aku kutuk2 pompan tu dlm ati aku..bodo gile otak artis2 kite ni rupenye..patut la selamba je klu ade pergambaran or sesi fotografi dgn artis2 lain..dorg ade prinsip..prinsip yg dorg pakai sepanjang career dorg..klu 40 tahun dorg dok dlm industri tu mksudnye slame 40 tahun la dorg pegang prinsip tu..iaitu SEMUA BENDA YG BERLAKU DI ATAS PENTAS ADALAH DENGAN NIAT BERLAKON..woww..bgus nye niat dorg..pergghh..respek..special nye golongan2 artis ni..dorg leh pegang2 tp dgn syarat sblum pegang tu kne lafaz niat, "kerana berlakon"...haha..lwk seyh..bg dorg dgn niat, boleh menghalalkan cara..pernah ke x pergi kls agame tah..mende simple pon lom phm2 lagi..nme je islam..ape pnye bodoh la prinsip2 mereka..huhu..klu camtu, sume yg dorg wat, termasuk pakaian dorg yg aku rase sejak akhir2 ni amat2 la trokk..da macam anugerah hollywood je..sume nk bg nmpk ar..xde da imej islam tu kt diri dorg..mbe bg dorg selagi dorg pegang pade prinsip dorg tu,, sume HALAL,,,aisehh..jgn la open minded sgt..islam x ajar open minded, islam soh fikir gune la akal yg berpandukan syariat islam...pihak yg mnganjurkan especially, bg la pnduan skit dlm nk berpakain tu,,bia dorg x lebih2 ikut prinsip bodo dorg tu je..

tu la org kate, klu kite x arif tntg sesuatu jgn la pndai2 je nk bwat2 tau..protege tu pon same..asik ikutkn sgt mentor korg..idola la katekan..haha..npe la x ltkkn idola kite org yg berilmu, agar x sesat jln korg tu...erm, nnt bile da kne gosip sane gosip cni, sibuk la dok kate, dorg yg suke wat2 gosip2 ni mmg xde keje lain la..suke cari slh dorg la, mcm2 alasan laa dorg bagi..adeyai..artis2..salahkn org je..padahal tu yg dorg dok tonjolkn kat mane2 pon..cbe la bg contoh baik ckit kt org2 mude ni...renung2 kan la..wallahualam..

~jauhkn diri anda from zina~

erm..nk ckp pasal pe ek..ske tol nk ckp pasal isu masalah remaja yg hangat sgt di zman la ni..hehe..pe lagi klu bkn masalah buang bayii..hehe
byk gile da dgr cite2 buang bayi ni..ish3,,trok gile la ibu bapak mereka tu..pe salahnye bg kt org yg leh jage bayi tu dari buang kt tepi2 longkang la,,kat tong sampah laa..kotor sangat ke bayi tu nk diletakkn dalam tong smpah tuu..sape yg koto, ibu bape die ke bayi tu yg kotor..malahan ade jgk yg snggup tnm idop2 tuu...klu xde rse tnggungjwb nk jge ank tu, jgn ar pndai2 nk buat2 suke2 ati..nyesal x sudah wehh...argghh..geram tol bile dgr brite2 mcm tu...rase sgt2 bodoh dorg tu...
besenye yg dok buang2 bayi ni dak2 remaje laa..yg sedehnye rmai gak bebudak 15 taun yg terlibat ngn mende2 tu..

tp perlu ke kite slh kn dorg??bg aku, mmg perluuu sgt2..huhu..dorg ade otak waras da kot sbb da leh lahirkn ank tapi still nk ikut jgk hawa nafsu dorg tu..murah tol harge "bdak2" tu..kecik2 da ilang dare...
erm, actly gaye idop kite ni da jauh sgt terpesong ngn care idop islam..kite da hmpir2 same da ngn bdy barat..mbe da same da kot..huhuhu..org2 barat mne kesah nk kawin or tidak..smpai da ade ank 3 org pon rilek je xnk kawin..jlnkn kehidupan mcm biase nye..adeyyhhh..x sangke, stat dgn tiru style2 pakaian dorg, las2 care hidop dorg pon kite nk tru bulat2..bole kate hmpir sume remaje dorg da merasai nikmat seks sblum kawin..sehinggakn sape yg stil ade dare ktika remaja, merupakan suatu mende sgt2 special..dan ade yg sggup menjual dare mereka dgn harge berjuta2 hnya utk menyara idop mereka..betape songsang nye care idop mereka..tu la yg remaje kite sdg tiru..

berdasarkan statistik yg telah dikaji, sebanyak 150000 anak luar nikah yg telah didaftrkn di negare ini sejak dari thun 2005...itu yg didaftrakn..klu nk dianggarkn, agak nye lebey krg sejuta ank yg telah dilahirkn hasil dari penzinaan termasuk yg telah dibuang..mksudnye, lebey krg sejuta pasangan yg telah berzina..yg melibatkn 2 juta org lelaki dan perepuan..perghhh...banyakk tuu...mmg akhlak remaje kite di malaysia sgt2 la trokkk...

erm, scr basicnye, penzinaan berlaku adalah disebabkn oleh ketelanjuran pasangan2 bercinta yg amat2 la berlambak2 di malaysia ni..so, x heranla klu stgh drpd mereka telah terlanjur mngikut hawa nafsu yg membare2 di dalam jiwa..oleh itu, care pencegahan perlu lah bermula daripada awal..iaitu utk mencegah remaje2 ini dari bercouple x tentu arah..kte rase terlalu terok klu mereka melakukan perkare tersebot,,tp, tidakkah kite merase terok jika ternampak psgn berdua duan ktika di pasar2 raye...kite rase seperti x mngmbil kesah lgsg pasal mereka2 tersebut..dgn sikap tersebut la remaje2 berase selesa berdua duaan tnpe rase perbuatan mereka di perhatikn..malah ade yg seperti menganggap dunia ini mereka yg punye tnpe menghiraukn jelingan org2 awam...xde malu da kot...aisehhh....

jd kite sbg org2 awam tersebot, perlu lah menghakis rase keselesaan di hati mereka itu...care nye??erm, tegor la remaje2 yg berpasang2an tersebot dgn berhemah, agar terbit rase malu di hati mereka..agar dapat memberitahu mereka kegiatan mereka diperhatikan oleh byk pihak, agar mereka tahu bhw rmai yg tdak senang dgn perbuatan mereka.... dan agar mereka sedar bahawe perbuatan mereka amatlah salah di sisi agame..pihak jbtn agame slalu membuat serbuan ke tmpt2 mksiat utk mngkp mereka yg mlakukan zina,,ape kate mereka menukar pendekatan mereka dgn pergi ke tmpt2 remaje melapak dan membuat pencegahan di situ..krana di situ la bermulanye kewujudan org ke3 iaitu syaitan utk menghasut anak2 muda kite...wallahualam...