


Yeahh..hanya tinggal 3 hari saja lagi kita akan bersama-sama menonton piala dunia yang amat dinanti-nantikan oleh kita selama 4 tahun.Pasti ramai yang telah mempunyai pasukan yang menjadi pilihan masing-masing untuk menjuarai piala dunia ini.hehe.Bagi aku sendiri, aku pilih France dan England yang ku rasakan layak untuk ke pentas Final.Namun, walau apa pun, kita tengok sahaja lah apa yang terjadi.Kalau lah Malaysia dapat masuk Piala Dunia ni, pasti dan pasti aku akan memilih Malaysia seratus peratus tanpa ada ragu-ragu.Tapi apa kan daya.hehe.
Bercakap mengenai Piala Dunia, aku sedih jugak la sebab dah dekat-dekat nak start Piala Dunia, ramai pulak pemain-pemain bertaraf bintang yang tercedera dan tidak dapat dapat bermain untuk Piala Dunia tersebut.Kenapa lah mesti terkena pada pemain bintang kan?haha.Kesian kat depa.Antaranya termasuklah Didier Drogba (Ivory Coast), Rio Ferdinand (England), Arjen Robern (Belanda), John Obi Mikel (Nigeria), dan Michael Ballack (German).Nani (Portugal) juga baru sahaja dilaporkan cedera, tapi mungkin sempat bermain untuk negara mereka.Mintak-mintak lah boleh main, sebab aku nak tengok pemain-pemain Man United beraksi cemerlang di kancah Piala Dunia nanti.hehe.
Haa, itu lah padahnya kepada pasukan-pasukan ni yang terlalu yakin memngadakan perlawanan persahabatan betul-betul sebelum Piala Dunia bermula.Kan dah hilang dah ayam tambatan dorang.Nak lawan pulak dengan team yang kuat-kuat pulak tu.Huhu.Mungkin ini menjadi pengajaran buat mereka agar lebih bersikap berhati-hati sebelum Piala Dunia.Cuba mereka contohi pasukan Argentina dan Brazil. Argentina tidak mengadakan sebarang perlawanan persahabatan dengan mana-mana negara beberapa minggu sebelum Piala Dunia bermula, manakala Brazil pula hanya membuat perlawanan persahabatan dengan team-team yang tak berapa kuat.Mungkin itu taktik mereka untuk mengelakkan pemain daripada tercedera agar dapat mempamer aksi yang terbaik dalam saingan Piala Dunia.hehe.
Erm,ni antara nama-nama bintang yang aku rasa bakal menggegarkan Piala Dunia nanti:
Cristiano Ronaldo (Portugal)
Lionel Messi (Argentina)
Steven Piennar (South Of Africa)
Andres Guardado (Mexico)
Yoan Gourcuff (France)
Wayne Rooney (England)
Jozy Altidore, Jonathan Spector (USA)
Lee Chung Yong (Korea Selatan)
Kaka, Elano (Brazil)
Danielle De Rossi (Itali)
David Villa, Fernando Torres ,Andres Iniesta (Spain)
Eto'o (Cameroon)
Wesley Sneijder (Belanda)
p/s: ni yg aku knl je kot.hehe
No comments:
Post a Comment