Selalu je kan kita dengar pasal isu debat mendebat ni.Selalunya perdebatan berlaku diantara dua tokoh besar di dalam sesuatu kumpulan.Sekarang pulak, selalu je ade rancangan perdebatan disiarkan melalui kaca televisyen bagi mendebatkan sesuatu isu yang diberikan.Dan selalunya jugak debat ini melibatkan tokoh tokoh daripada parti kerajaan dan pembangkang.Perdebatan juga telah mula diterapkan ke dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah apabila ia merupakan acara yang dipertandingkan bagi mencari juara debat antara sekolah-sekolah di Malaysia.Ada manfaat ke kita berdebat-debat ni?Meh kita bincang bincang.Hehe.
Pengertian dan maksud bagi debat ialah perbahasan dan pertukaran pendapat mengenai suatu hal dengan saling memberi alasan untuk mempertahankan pendapat masing-masing.
Melalui pengertian tersebut, jelas tujuan debat adalah untuk mempertahankan pendapat masing-masing melalui alasan-alasan yang diberikan oleh si pendebat agar dapat mengatasi lawannya.Boleh tak kita kata debat ini merupakan perang mulut secara profesional?haha.
Selalunya perdebatan ni berlaku diantara orang yang banyak ilmu.Dan selalunya yang menang perdebatan tersebut ialah orang yang mempunyai ilmu yang lebih daripada si lawannya yang mungkin mempunyai kurang ilmu mengenai isu yang didebatkan.
Ramai pendakwah dan ahli-ahli fikir Islam berpendapat, debat dalam isu-isu agama dan ibadat tidak banyak faedah yang boleh didapati kecuali jika ia dilangsungkan dengan etika debat yang tinggi, hormat-menghormati antara peserta dan dengan kekuatan ilmiah yang meyakinkan.Biasanya debat yang tidak dikawal oleh akhlak lebih banyak mengundang kepada perbalahan dan permusuhan yang merugikan.
Tidak dinafikan debat merupakan salah satu uslub yang sangat berkesan dalam menyebarkan Islam, dakwah dan kebenaran, tetapi ia adalah langkah ketiga dan terakhir, iaitu setelah buntu jalan-jalan menggunakan pendekatan berhikmah dan nasihat pengajaran yang baik.Itupun hendaklah dilangsungkan dengan akhlak dan adab yang tinggi.
Tapi kalau kita lihat perdebatan-perdebatan sekarang, adakah ia dilangsungkan dengan penuh adab sopan?Selalunya yang aku tengok, selalu saja 'ayat-ayat perli' digunakan bagi menjatuhkan pihak lawan mereka.Mungkin ramai orang sedia berdebat,tetapi tidak ramai yang sedia patuh kepada akhlak dan adabnya.
Berbalik kepada pengertian debat, pendebat selalunya inginkan kemenangan berpihak kepadanya.Pendebat tidak akan sesekali mengalah biarpun mereka tahu mereka berada di tempat yang salah kerana itulah tujuan perdebatan diadakan.Jadi apakah motif diadakan debat sebenarnya?Untuk mencari jalan penyelesaian masalah atau untuk menambahkan lagi masalah?
Selalunya, apa yang terjadi dalam perdebatan-perdebatan ahli-ahli politik, perdebatan mereka tergantung saja tanpa ada pihak yang menang.Kerana pihak juri pun tak tahu bagaimana untuk menilai kerana ada saja masalah yang ditimbulkan oleh kedua-dua belah pihak bagi menghangatkan suasana tanpa memberi jalan penyelesaian yang terbaik kepada masalah-masalah tersebut.Kadang-kadang pula, keyakinan yang ditunjukkan oleh pendebat mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton yang entah faham atau pun tidak apa yang didebatkan.Mungkin mereka lebih melihat kepada kehebatan individu itu sendiri daripada melihat kepada isu yang didebatkan.
Terdapat beberapa peristiwa dan pandangan ulama' mengenai debat.Antaranya:
(a) Al Auza’i berkata “Berpeganglah dengan atsar Salaf, walaupun manusia menolakmu, dan jauhilah pendapat-pendapat akal manusia, walaupun mereka menghiasinya dengan perkataan indah.”
(b) Muhammad bin Wasi’ berkata: Aku melihat Shafwan bin Mihraz mengisyaratkan ke salah satu sudut masjid dan disitu ada beberapa pemuda yang sedang berdebat, aku melihatnya mengibaskan bajunya dan berdiri kemudian berkata “Kalian adalah orang-orang yang berpenyakit kulit.”
(c) Wahb berkata “Jauhilah olehmu berdebat dan berbantah-bantahan, karena kamu pasti berhadapan dengan salah satu dari dua macam manusia: Seorang yang lebih anyak ilmuya darimu, maka bagaimana kamu mendebat dan membantah orang yang lebih berilmu? Atau orang yang kamu lebih berilmu darinya, maka bagaimana kamu membantah dan mendebat orang yang kamu lebih berilmu darinya? Dan dia tidak akan menurutimu, maka tinggalkanlah hal itu.”
Bagi aku sendiri, lebih baik kita mengadakan perbincangan atau musyauwarah dalam melakukan sesuatu perkarra.Itu lebih baik daripada kita berdebat tanpa arah tuju.Kerana, apabila kita berbincang, segala yang diutarakan oleh ahli perbincangan akan diteliti dengan baik.Sedangkan Rasulullah sendiri sentiasa melakukan musyauwarah dalam menyampaikan dakwahnya agar segala keputusan dapat dipersetujui bersama tanpa ada rasa sangsi oleh setiap ahli.Malah, apabila kita bersama-sama berbincang, segala keputusan yang dibuat akan diberkati Allah.
Perbincangan juga boleh merapatkan hubungan sesama muslim.Tiada ketidakpuasan hati berlaku di kalangan ahli jika musyauwarah itu dilakukan dengan sempurna dengan mengikut adab-adab musyauwarah.Jika kita berdebat, besar kemungkinan kita akan mempunyai perasaan sakit hati kepada pihak lawan kerana sentiasa cuba untuk membangkang idea kita.Biarpun telah berdebat dengan penuh adab dan sopan, tetapi terdetik juga di hati ketidakpuasan hati kita terhadap perdebatan itu.
Perdebatan juga hanya akan memberi kelebihan kepada si pemenang sahaja, tetapi tiada kelebihan kepada si kalah.Ini kerana segala idea yang diberikan oleh si kalah sudah pasti telah disangkal oleh si pemenang.Tetapi apabila kita berbincang, idea yang diberikan kedua-dua belah pihak akan diterima dengan baik, dan perbincangan akan menentukan keputusan yang terbaik.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment