Tuesday, February 28, 2012

Doploh Semilan haribulan Dua

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.

Mengikut takrif, tahun yang mengandungi 29 Februari dikira tahun lompat. Hanya terdapatnya tarikh ini kira-kira setiap empat tahun dalam tahun-tahun yang mempunyai angka yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki, seperti 1992, 1996, 2004 kecuali tahun-tahun abad.

Tahun abad, iaitu tahun yang berakhir dengan dua angka sifar (1800, 1900, 2000, dll), bukan tahun lompat kecuali ia boleh dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Mengikut ISO 8601, tahun-tahun yang boleh dibahagikan dengan empat tanpa baki kini merupakan tahun lompat, walaupun terdapat cadangan bertentangan yang meluas. Ini bermaksud bahawa tahun 2000 adalah tahun lompat, termasuk 2400 dan 2800, akan tetapi 1800 dan 1900 bukannya tahun lompat, termasuk 2100, 2200 dan 2300.

Oleh sebab itu, hari lompat tidak semestinya jatuh pada hari Ahad. Sebagai contoh, sekiranya 29 Februari jatuh pada hari Ahad, anda boleh menjangka bahawa ia juga akan jatuh pada hari Ahad sekali lagi selepas 28 tahun. Akan tetapi sekiranya adanya tahun abad dalam tempoh 28 tahun tersebut, pola ini akan diganggu.

Kalendar Gregori mengulang diri setiap 400 tahun, dan terdapatnya 97 hari lompat dalam tempoh tersebut. Oleh sebab 400 mempunyai baki apabila dibahagikan dengan 97, hari lompat tidak boleh jatuh pada hari yang sama dengan sama rata.

Hari lompat jatuh 13 kali pada hari Ahad dalam tempoh 400 tahun kini, dan oleh sebab itu, terdapat hari lompat pada hari Ahad setiap 30.8 tahun. Sebaliknya, hari lompat jatuh pada hari Isnin 15 kali dan merupakan kira-kira sekali setiap 26.7 tahun.

*Cerita ni copy paste je. Entry sendri pon kadang2 kita tak faham jgk. sama la mcm entry yg ni. Nanti aku baca balik nak bagi phm yer..hehe :p *

Thursday, February 23, 2012

Cantiknya Hati yg Baik

Lelaki suka tgk perempuan cantik. Ni fakta bkn auta. Aku tak nafikan. kalau tgk cerita korea pon nak tgk cerita yg ada heroin cantik2. Drama melayu pon sama lah. Tiz Zaqyah, Ayu raudhah, dan Lisa Surhani sentiasa meniti di bibir kaum adam kat Malaysia ni. hehe.

Tapi sejauh mana kecantikan ni boleh menambat hati lelaki?

Kecantikan pada wajah tidak akan selamanya di minati lelaki. Sebab lelaki akan tertarik pada kecantikan pandangan pertama. Lepas kami minat kat kecantikan wajah wanita tu, kami akan melihat kecantikan di hati pulak. Kecantikan di hati lebih diminati dan boleh bertahan lebih lama di hati lelaki berbanding kecantikan pada wajah wanita itu.

Tak percaya?

Contohnya, dulu kita pernah terpukau dengan cerita Nur Kasih lakonan Tiz Zaqyah yg amat menusuk kalbu. Keayuan si Tiz Zaqyah dlm cerita tu sangat la digilai oleh para lelaki di Malaysia. Time tu sebab ramai yg tak kenal dengan beliau, tapi bila dah kenal karakter si Tiz ni di luar kaca TV, cerita Nur Kasih The Movie tu jadi tidak semenarik drama Nur Kasih. Macam x layan mana la. Tu pandangan aku sebagai seorang lelaki la. Hehe

Dalam cerita Indon pulak, kadang2 wanita cantik menjadi pelakon jahat. Walaupun cantik tapi sikap jahat yg ditonjolkan telah melahirkan sifat benci orang lelaki terhadap pelakon tu. Bukan kat dalam cerita tu je kaum lelaki benci, malah2 kadang2 sampai di luar kaca TV juga turut di benci oelh kaum lelaki.

Nampak tak betapa pentingnya kecantikan budi pekerti dan sopan santun berbanding dgn kecantikan dari segi paras rupa seseorang individu itu. Maka jagalah kecantikan budi pekerti dulu, then baru lah jaga paras rupa. Kalau hati dah baik, orang akan sejuk je hati tgk kita. Daripada tak pandang, lepas dia kenal kita, nesti dia akan pandang kita.hehe, Percaya lah~ :)

Saturday, February 18, 2012

Cerita Pening

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhahaha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo..nenoooo..
phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan
semua nih!!

Thursday, February 9, 2012

Wanita Perlu Berkerjaya?

Memang dah jadi habit bagi aku, kalau bukak tv mesti akan terbukak chanel sukan dulu. Pagi tadi pun macam tu la. Aku bukak Astro Arena yang selalunya menyiarkan sukan2 tempatan. Syabas la kat Astro Arena sbb ada inesiatif nak menaikkan lagi minat rakyat Malaysia terhadap sukan. Time aku bukak Astro Arena td, kebetulan dia siarkan siaran langsung acara lumba basikal wanita.

Then ada plak sorang pelumba dari Iran. Imej agak sopan berbanding peserta lain. Tutup bahagian rambut dan berseluar panjang. Tapi biasa lah kan, baju sukan konfem2 la kne ketat berkonsepkan baju tight. Kalau dah ketat tu konfem2 la nampakkan bentuk tubuh kan. Aku pun terfikirlah, rasa nya terlampau sedikit sekarang ni uniform sukan yang dapat menjaga dengan sempurna aurat seorang wanita.

Hampir semua sukan dikehendaki mendedahkan aurat mereka ketika beraksi. Kesian lah kat wanita, yang nak bersukan tapi nak jugak jaga aurat. Macam mana kah?

Tapi kalau bagi aku, persoalannya sekarang, perlukah wanita itu bersukan? Takpa bersukan dengan niat nak menyihatkan badan. Tapi kalau untuk dipertandingkan, aku rasa lebih baik lah tak perlu melibatkan diri. Kalau dipertandingkan, konfem2 lah kena pakai ikut pakaian yang telah ditetapkan. Pastuh, akan disaksikan oleh penonton2 yg ramai. Memang lah amat tak selamat utk mereka bersukan.

Kan bersukan itu lebih sesuai untuk kaum lelaki. Lagi pon, kan tak sopan kalau kita tengok perempuan yang bersukan. Dengan lompat sana, lompat sini, berlari-lari. Bagi aku, xperlu. Biarlah orang lelaki saja lah yang mengharumkan nama negara. Bukan nak kata perempuan tu lemah, tapi itu lah hakikat nya. Bukan semua benda yang lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat jugak. Jangan lah macam tu. Aku taknak tengok negara kita diperintah oleh orang perempuan. Banyak tanggungjawab wanita dalam rumah tangga. Biarlah suami yang mencari nafkah untuk isteri di rumah selagi mampu. Isteri pula menolong suami dari segi memasak, mengemas, membasuh, menjaga anak dan lain2. Kan banyak tanggungjawab tu.

Cuba bayangkan isteri kerja, siapa yang nak buat kerja2 tu semua. Memang lah kita boleh makan di luar, basuh baju malam2 je, kemas rumah sekali seminggu, tapi kita tak sedar ada satu tanggungjawab ni yang kita memang kena lakukan. Iaitu, menjaga anak kita.

Kita tak sedar, kalau x jaga anak dengan rapi, banyak musibah yang boleh terjadi. Ramai wanita bekerjaya mengambil jalan mudah dengan menghantar anak ke nuseri, mengupah bibik utk menjaga anak mereka dan sebagainya. Masalah yg akan timbul, kita tak akan nampak ketika anak masih kecil, tapi akan timbul bila mereka sudah menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Di mana banyak ibu bapa yang yakin anak mereka boleh berdikari, membiarkan saja anak mereka di rumah bersendirian setiap hari selepas balik sekolah. Ketika itu mereka baru je nak mengenal dunia dan banyak benda yang mereka ingin cuba. Jadi, sepatutnya di peringkat ini, mereka perlukan perhatian yang lebih tinggi agar dapat mengawal segala perbuatan anak kita supaya tidak melencong ke arah perkara negatif. Janganlah terlalu percaya kepada mereka kerana mereka sentiasa perlukan bimbingan dari kita yang lebih berpengalaman.

Kalau setiap ibubapa menitikberatkan perkara ini, dan menjaga anak mereka dengan sebaik2nya, Insyaallah banyak gejala negatif remaja ketika ini dapat dikurangkan.

Gejala negatif pelajar akibat kurang perhatian drpd ibubapa


Bukannya tak boleh kalau perempuan nak bekerjaya, tapi kena la ada syaratnya. Apa syarat yg boleh membenarkan wanita itu bekerjaya?? Antaranya:

a) Telah kematian suami maka tanggungjawab memelihara anak-anak telah terpikul pada dirinya.

b) Pendapatan si suami tidak dapat menampung keluarga pada perkara-perkara asas dalam kehidupan. Bukan perbelanjaan pada perkara bermewah-mewah.

c) Wanita yang belum bersuami dan perlu menyara ibubapa yang sudah tua serta adik beradik yang masih belum bekerja.

d) Bagi wanita yang pakar dalam sesuatu bidang yang kepakaran itu hanya ada padanya ketika itu dan di tempat itu yang tampanya tuntutan “fardhu Kifayah” tercicir maka “wajib” baginya keluar bekerja.
Contoh : Doktor Pakar Sakit Puan.



Tetapi wanita time kerja pula kena la menjaga tatasusila dan adab2 ketika bekerja. Diantara adab2 ketika wanita bekerja ialah:

a) Pekerjaan itu mestilah tidak bertentangan dengan syariat dari semua sudut samada muamalat mahupun muasyarat.

b) Pekerjaan yg bersesuaian dengan naluri wanita.
Contoh : Tukang jahit, jururawat, doktor, pendidik.

c) Tempat bekerjanya itu bebas dari fitnah kepada dirinya.
Contoh: Pelayan Pub dan Karaoke.

d) Hendaklah menutup aurat dengan sempurna.

e) Perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja juga bebas dari fitnah.
Contoh : Tidak menumpang kenderaan ke tempat kerja bersama lelaki yang bukan mahramnya.

f) Menjaga pergaulan. Pergaulan dengan bukan mahram perlu atas dasar kerja saja.

g) Menjaga akhlak sepanjang pekerjaan tersebut.


Jika semua perkara di atas ni dapat dilakukan dengan baik, Insyaallah kita akan dapat membina sebuah keluarga bahagia dan melahirkan anak yang berjaya =)

Saturday, February 4, 2012

Marah

Aku yakin
Xde sorang pun yang
suka di dampingi dengan perasaan ni
Perasaan apa?
Rasa nak marah la. Grrrr.
Perasaan ni sepontan je datang dalam diri kita
Tak boleh nak kontrol masa dia, and level kemarahan tu.

Ada marah yang bagus, dan ada marah yang tak bagus.
Marah yang bagus ialah marah yang bertempat.
Bertempat? dari segi apa tuh?
Kena lah bertempat. Kalau tetiba marah tak tentu pasal,
Mestilah free2 je kena cop gila.
Pastu, payah la orang nak kawan dgn kita kan.
Asik marah je. Orang pon jadi x selesa la dengan kita.

Tapi,
Bukan bermaksud kita tak perlu kan perasaan marah.
Amat2 lah perlu.
Kan aku dah kata tadi, nak marah kena lah bertempat,
so, boleh lah nak marah. Tapi biar bertempat. Awat bertempat?

Ada lah beberapa sebab.

Sebab yang pertama, kalau tak bertempat, orang lain pulak sakit hati dgn kita. Mana x sakit hati nya, buat ni kena marah, buat tu kena marah. Kadang2, kita kena jugak bagi nasihat dgn lembut. Manusia ni kalau kena dgn kekerasan, di balas lah dengan kekerasan. Kalau tak di balas dengan kata2, di simpan di dalam hati sebagai dendam. Bahaya tu..

Sebab yang kedua, Peratus untuk kena marah balik adalah tinggi. Bayangkan lah, kita tak kenal orang tu, tetiba dia terlanggar kita, kita dgn sewenang2 nya marah dia. Dapat pulak orang yang panas baran, free2 je dapat makian orang time tu. Kan lebih baik kalau kita maafkan dia, and cakap slow2 dgn dia. Maybe kita boleh dapat kawan baru pulak time tu. Kan bagus camtu.

Sebab yang ketiga, kalau asik marah je, orang bukan respect kat kita, tapi takut kat kita. Ada orang jenis yang bila kena marah, dia senyap je, folow je cakap orang yang marah2 tu. Then orang yang marah tu pun fikir semua orang respect dia. Padahal orang takut dgn dia. Habis tu kalau semua benda dia je nak betul, camne kita nak melawan dia, folow je lah apa yg dia cakap. Sebab takut and malas nak gado2.

So kesimpulan dia, kontrol lah kemarahan kita tu.
Tapi jangan sampai kita tak reti nak marah.
Sebab kalau kita tak reti marah, orang lain boleh senang2 je pijak2 kepala kita.
Jangan sampai mcm tu ye.

P/s : Salam Maulidur Rasul Buat semua. Yang paling penting, kita sentiasa selawat banyak2 ke atas Baginda Rasulullah SAW. Bukan time Maulidur Rasul je taw ;)

Wednesday, February 1, 2012

KARMA

Salam kalian! sudah lama ngak ketemu. Lama dah aku x pos apa2 kat blog ni. Rasa boring, then tetibe rasa nak bukak pulak blog yg senyap sepi ni. Hehe. Bila dah bukak terasa pulak mcm nak pos sumthing kat sini. Serius habaq hang, ni 1st time aku bukak blog ni, lepas aku pos ucapan hari raya taun 2010. Setahun lebih jugak la kan?haha.

Aku main amik je tajuk karma ni senanya..sebab macam tertarik je dgn video klip karma faizal tahir. Bila dengar lagu dia kat radio, macam x best mana pun. Tapi bila dah tgk video klip dia, baru rasa tertarik dengan lagu dia. Itu lah pentingnya video klip bagi sesebuah lagu. Bukan semua orang faham mesej yang nak disampaikan, tapi dengan video klip, mereka akan dpt memahami dan menghayati mesej yang cuba disampaikan.

Melalui video tu, dia nak menceritakan kisah seorang anak yang menjadi mangsa hamba seks oleh ayah dan kawan2 nya untuk mendapatkan keuntungan. Dan akhirnya ayahnya ditangkap oleh pihak polis dan dipenjarakan. Selepas beberapa lama, ayah nya bebas kembali dan pulang ke rumah untuk hidup bersama anak nya. Hukum karma yang dimaksudkan, akhirnya ditunjukkan apabila anaknya yang berdendam sekian lama terhadap ayahnya dibunuh dengan kejam oleh anaknya.

Kalau nak cerita pasal hukum karma ni, memang xde penghujungnya. So, kita cuba lah elakkan mengkhianati atau menyakiti hati sesama kita, kerna suatu hari nanti kita akan rasa akan pembalasannya kpd kita.

P/s: kalau x kena kat dunia, kat akhirat pasti akan ada balasannya :)



Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidil Fitri kepada semua



Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat handai tak kira di mana korang berada samada di Malaysia mahupun di perantauan.

Maaf Zahir dan Batin andai ada salah dan silap, tersalah kata, termengata-ngata, sama2 lah kita memaafkan sesama kita. 0-0 la yeh..hehe

Kepada yang nak balik kampung tu, hati-hati lah di jalan raya, biar lambat asal selamat, biar jalan jem, asal kereta x eksiden.Ingatlah orang tersayang, anda mampu mengubahnya.Bak kata PM, jangan jadikan jalan raya sungai maut.hehe