Thursday, February 23, 2012

Cantiknya Hati yg Baik

Lelaki suka tgk perempuan cantik. Ni fakta bkn auta. Aku tak nafikan. kalau tgk cerita korea pon nak tgk cerita yg ada heroin cantik2. Drama melayu pon sama lah. Tiz Zaqyah, Ayu raudhah, dan Lisa Surhani sentiasa meniti di bibir kaum adam kat Malaysia ni. hehe.

Tapi sejauh mana kecantikan ni boleh menambat hati lelaki?

Kecantikan pada wajah tidak akan selamanya di minati lelaki. Sebab lelaki akan tertarik pada kecantikan pandangan pertama. Lepas kami minat kat kecantikan wajah wanita tu, kami akan melihat kecantikan di hati pulak. Kecantikan di hati lebih diminati dan boleh bertahan lebih lama di hati lelaki berbanding kecantikan pada wajah wanita itu.

Tak percaya?

Contohnya, dulu kita pernah terpukau dengan cerita Nur Kasih lakonan Tiz Zaqyah yg amat menusuk kalbu. Keayuan si Tiz Zaqyah dlm cerita tu sangat la digilai oleh para lelaki di Malaysia. Time tu sebab ramai yg tak kenal dengan beliau, tapi bila dah kenal karakter si Tiz ni di luar kaca TV, cerita Nur Kasih The Movie tu jadi tidak semenarik drama Nur Kasih. Macam x layan mana la. Tu pandangan aku sebagai seorang lelaki la. Hehe

Dalam cerita Indon pulak, kadang2 wanita cantik menjadi pelakon jahat. Walaupun cantik tapi sikap jahat yg ditonjolkan telah melahirkan sifat benci orang lelaki terhadap pelakon tu. Bukan kat dalam cerita tu je kaum lelaki benci, malah2 kadang2 sampai di luar kaca TV juga turut di benci oelh kaum lelaki.

Nampak tak betapa pentingnya kecantikan budi pekerti dan sopan santun berbanding dgn kecantikan dari segi paras rupa seseorang individu itu. Maka jagalah kecantikan budi pekerti dulu, then baru lah jaga paras rupa. Kalau hati dah baik, orang akan sejuk je hati tgk kita. Daripada tak pandang, lepas dia kenal kita, nesti dia akan pandang kita.hehe, Percaya lah~ :)

No comments:

Post a Comment