Monday, June 21, 2010

Player Pilihan

Bulan ni memang takde cite lain la selain crite World Cup.Hehe.Seminggu lebih gak aku tak buat post baru.Jom cite pasal bola.Da masuk round 2.Aku rasa ramai peminat bola da analisis da player mane yang dorang rasakan amat menonjol dalam edisi World Cup 2010 ni.Hee.

Untuk entri yang ni, aku nak kongsi ngan korg tentang player2 yang aku rase menyerlah la untuk World Cup 2010 di Afrika Selatan ni.

GOAL KEEPER
Aku suka keeper New Zealand, MARK PASTON. Banyak tol die save bola time lawan Slovekia dan Itali.Mungkin dia juga la penyelamat bagi New Zealand yang belum lagi kalah dalam 2 game, iaitu hanya sekadar seri dan hanya dibolosi dua gol sahaja.

DEFENDER
Aku pilih PATRICE EVRA,drpd France.Walaupun takdak gol dijaring atau di assist, tapi kelincahan beliau selalu gak mencemaskan bhgian bek lawan.

Sebelah kanan, aku pilih PHILIP LAHM,German.Hantaran2 cantik dan player yang kreatif dan laju jugak.Memang sesuai sebagai defend kanan yang jugak merangkul winger German.

Utk defend tengah aku pilih LUCIO drpd Brazil, seorang defend yang cekang.Penuh skil, dan laju.Tenang dalam mematahkan serangan lwn.

Sorg lagi defend, aku pilih OGUCHI ONYEWU drpd USA.Defender yg amat kental, berbadan sasa, selalu saja mengecewakan penyerang2, terutama ketika bertemu England.

MIDFIELDER
Aku suka tol ngan LIONEL MESSI drpd Argentina.Kelincahan beliau mmg x dapat disangsikan lagi.Aku rasa kalau die kekal perform,boleh jadi pemain terbaik WC taun ni.Kita tengok dlu cemane.hehe.

Next aku pilih ELANO.Sebelum start WC lagi aku da bajet die boleh perform sebab tengok die seorang outstanding player sejak dari friendly match lagi.Player yg tangkas, jaring 2 gol dalam 2 perlawanan.

Yang ketiga, aku pilih SEMI KHEDIRA,from German.Muda dan laju, memiliki tendangan padu dan mampu membuat jaringan dari luar kotak penalti.Keyakinan yg ditunjukkan seperti sudah lama bergandingan dengan pemain veteran seperti Miroslav Klose.

Keempat ialah LANDON DONOVAN dr USA.Seorang player yang laju.good control ball.Bersemangat mendapatkan bola.Selalu membuat cross2 yang membahayakan defend lawan.Hantaran tepat dan cantik.Boleh menjaringkan gol dari sudut sukar.

STRIKER
Penyerang yang menjadi pilihan aku yg pertama ialah, LUIS FABIANO dari Brazil.Lepas tengok game semalam, memang Fabiano seorang player yang mantap, laju, rembatan laju dan tepat, dan bijak menggelecek lawan.Pandai mencari peluang.

Penyerang kedua ialah, DIEGO FORLAN iaitu player Uruguay.Walaupun sudah berumur, tetapi kerajinan beliau mengejar bola amatlah tidak diragui.Ketangkasan beliau boleh mengucar kacirkan pertahanan lawan.Banyak jugak serangan2 daripada beliau,dan byk juga percubaan2 yang di'assist' oleh beliau.Player yg berpengalaman dan kreatif.Mungkin player veteran yang paling menyerlah untuk WC ini.

Tu semua pilihan aku, korang lak??hehe

No comments:

Post a Comment