Saturday, June 5, 2010

Jom Sukan !!

Aku baru sahaja pulang dari bermain badmintod bersama ayah aku dan kawan kawan dia.pergghh.lama gila dah tak main badminton. kepenatan amatlah terasa sekali. lenjun abis aku punya baju.kalah pulak tu.haha.aku respect gak la kat diorang yang main tu. sebab dorang dah pun bergelar veteran tapi tenaga yang diorang ada punya lah banyak. malu pulak aku dgn diorang.ye lah, aku kan still muda lagi, tapi stamina aku kurang gila nak bandingkan ngan dorang.haha.

Time kitorang main tadi, ade lah ternampak beberapa orang budak2 yang sedang berlatih main badminton dgn coach diorang. aku rase kagum jugak tgk diorang.kecik2 da ada skil dalam permainan tersebut.jeles pon ada gak..yelah, time aku dulu mana la ada pergi kelas badminton nak main.main sendiri2 je.sape hebat, dia hebat la.xde pon terfikir nak ke kelas badminton.hehe.tapi satu yang menyedihkan aku ialah, semua yang pergi training tu budak2 cina aje.xde sorang pon melayu.mane tah perginya melayu.atau mungkin melayu berlatih dengan orang melayu saje?xnak campur2 dgn orang cina?huhu.itu andaian aku je la. tapi kenapa yang main untuk negara sekarang ni semua cina?melayu yang ade pon si hafiz hashim yang umurnya pun hampir mencecah 30 tahun. haha.mungkin andaian aku selama ni betul la kot.anak2 melayu kita sekarang, kebanyakannya tiada langsung semangat untuk memajukan diri mereka.mana entah perginya semangat orang melayu yang lama2 tu.dah ditelan dek saman kot.zaman IT la katekan.dorg semua dok lepak kat cyber cafe la.habis duit sia2 je depan komputer tu.bukan boleh bawak g mana pon.ish2.

Tapi kenapa anak2 melayu jadi macam tu?erm, aku rasa mungkin kurang kawalan daripada ibu bapa diorang.ibu bapa jenis endah x endah saje apa anak diorang nak buat dan ke mana anak diorang pergi. diorang percaya anak diorang x kan terjebak masalah sosial yang amatlah berleluasa di negara kita ni.tapi aku kagum betul bila tengok parents anak2 cina yang sanggup tunggu di luar dewan untuk menanti anak mereka habis berlatih.mungkin itu lah bezanya melayu dan cina.melayu terlalu mudah lupa diri sedangkan orang cina terus berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih baik untuk generasi mereka.kebanyakannya memang macam tu.bila anak tidak di kawal, mereka lebih mudah terjebak dengan hiburan yang melampau2 di negara kita.mula lah dengan budaya melepak, merempit, dadah, dll.mereka hanya ingin berhibur sahaja tanpa memikirkan masa depan yang akan mereka lalui.kita boleh tengok sendiri semua budaya2 yang tidak sihat itu kebanyakan dilakukan oleh anak2 melayu. amat2 lah memalukan.

Aku tengok sukan yang anak melayu aktif pun hanyalah sukan bola sepak. tapi hakikatnya, kita boleh lihat sendiri kemajuan bola sepak kita macam mana.kalau nak dibandingkan dengan zaman mokhtar dahari, memang amat lah berbeza sekali. pemain2 kita macam tiada semangat untuk bermain.semangat bermain untuk negara itu kurang.kalau kita lihat zaman mokhtar dahari semua pemain bersungguh2 utk bermain.tapi pemain2 skrg macam kurang bermaya.bila aku tengok corak pasukan2 yang bermain dalam liga super, macam xde style langsung.camane la nak tarik ramai penonton datang ke stadium kalau mcm tu la gayanya permainan mereka.kejayaan pasukan malaysia dalam sukan ini, paling tinggi pun pada peringkat asia tenggara sahaja.peringkat asia seperti tenggelam langsung, x timbul2..ish2..sukan ni berbeza pulak dengan sukan badminton yang didominasi oleh bangsa cina.kerana kesungguhan ibu bapa mereka mengasuh anak mereka dalam sukan tersebut, maka lahirlah jaguh2 dunia seperti Lee Chong Wei, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong.mengapa ramai player cina sahaja yang bermain sukan ini?padahal kalau sebelum ini, didominasi oleh player berbangsa melayu, seperti rashid sidek, jailani, razif dan roslin hashim.itulah yang aku katakan tadi, bangsa melayu mudah saja lupa diri apabila telah banyak mengecapi kemajuan.kita telah hanyut bersama teknologi yang ada.melayu mudah leka.tapi bukan semua melayu begitu, kerana aku tengok ramai jugak anak2 melayu yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk menyertai aktiviti berfaedah seperti sukan taekwondo, kelas muzik, silat dll. aku harap kalau ibu bapa perasan bakat dan kebolehan anak mereka dalam sesuatu bidang, just go on je.biar dia dapat belajar dan berlatih dengan baik agar dapat memberi manfaat kepada negara kita.tapi jangan lah biar anak melupakan pelajaran mereka.itu yang lebih utama.wallahualam.

2 comments:

  1. sappe kate ddk depan komputer xleh dapat wet?ops sory k!sbnrnyer org IT la yg nk kaye senang..1 sistem leh jual puluhan ribu..hahah

    ReplyDelete
  2. haha..terase plak dah org it ni..mksud i yg dok main gem lahh..hehe

    ReplyDelete